Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Aplikasi merupakan salah satu komponen utama dalam dunia telefon pintar. Seperti semua sedia maklum, Android dan juga iOS masing-masing mempunyai angka pembangun mereka tersendiri, dengan bilangan aplikasi yang amat banyak. Mengikuti dibelakang adalah Windows Phone yang mana kini mempunyai lebih daripada 50,000 aplikasi tersedia untuknya.
Walaubagaimanapun, angka ini masih lagi dibelakang platform Symbian. Namun begitu, dengan sokongan Nokia untuk Windows Phone, bilangan angka aplikasi untuk Windows Phone dijangka akan meningkat dengan drastik pada tahun hadapan.

Buat masa ini, Windows Phone Marketplace sendiri masih tidak disokong sepenuhnya di Malaysia, mungkin merupakan salah satu sebab mengapa Nokia Lumia masih belum dilancarkan di Malaysia buat masa ini.
Menurut AllAboutWindowsPhone, sepanjang empat minggu yang lepas, ia kelihatan sebanyak lebih daripada 265 aplikasi baru dihantar ke Windows Phone Marketplace setiap hari. Jikalau dilihat daripadanya, berkemungkinan Windows Phone akan mencapai angka lebih 100,000 aplikasi dalam masa beberapa bulan lagi.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
software sikit pun senang kena virus/malware ,,, kalau byk nanti lagi teruklah… windows dan virus tak dapat dipisahkan
sapa pernah try os WP… best ke?
windows phone takleh multitasking
versi 7.5(mango leh multitask..
WP os versi 7.5(mango leh multitask..)
Nak komen tu buat la research dulu. WP7 Mango boleh multitask. WP7 memang best. UI smooth n x lag (x macam OS robot hijau). Too bad apps masih sikit n Marketplace untuk Malaysia region xde lagi