Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Akhirnya, hari ini, pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan kemaskini terkini kepada aplikasi mereka, dimana WordPress 3.3 “Sonny” dilancarkan, membawakan pelbagai perkara baru kepada platform blog terkemuka dunia tersebut, termasuk dari segi pembaharuan pada antaramuka dashboard, sehingga pelbagai fungsi tambahan padanya.
Melalui WordPress 3.3, antaramuka dan rekabentuk bahagian dashboard diberikan sedikit sentuhan. Salah satu fungsi yang dinantikan oleh para penggunanya, iaitu sokongan drag-dan-lepas untuk memuat-naik gambar diperkenalkan, membolehkan para pengguna memuat-naik media mereka dengan lebih pantas.
Selain daripada itu, sokongan mengimport artikel daripada Tumblr turut disertakan, memudahkan mereka yang menggunakan Tumblr berpindah ke WordPress. WordPress 3.3 kini lebih mesra tablet dan peranti dengan sokongan sentuhan untuk bahagian dashboad padanya.
Berkongsi berkenaan dengan statistik, pihak WordPress mengatakan terdapat lebih 65 juta muat-turun WordPress 3.0 sejak ia dilepaskan sehingga ke hari ini. Bagi mereka yang menggunakan WordPress, anda boleh mengemaskini kepada WordPress versi terkini secara automatik melalui butang kemaskini pada bahagian Dashboard, ataupun memuat-turun dan kemaskini pemasangan anda secara manual melalui FTP dan sebagainya.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
patutlah ada update twenty eleven v1.3
baru je update tadi
aku dah try versi dev ari tue.. boleh tahan gak.. drag and drop tu paling best
bukan update twentyten twenty eleven je. kebanyakan theme yang automatic bangunkan ada update… teehee
sonny siot. jazz n blues.
so memang apa yang ada masa beta tu dah function freeze la. sebab sama je dengan apa yang aku tengok masa beta1.
aku tak dapat lagi -.-
Just updated. Dashboard interface are impressive!
malam kang den update
memang mesra tablet…
Update dan… Terus loop jadi double untuk first pos. Kenapa ntah.
Jem jem..
wordpress dah makin best.. blogspot?
blogspot pun makin best jugak..
Dah siap update,memang banyak perbezaannya di dalam WordPress 3.3 ni