03Dec

WordPress Kekal Sebagai CMS Popular – Concrete5 Memperlihatkan Peningkatan Drastik

Sumber Terbuka, Web 2.0

Salah satu perkara yang dibincangkan pada WebCamp minggu ini di Kuala Lumpur adalah berkenaan dengan CMS, dan kebetulan pada minggu ini, laporan mengenai CMS sumber terbuka turut sama kini telah dikeluarkan, memperlihatkan penerimaan CMS dari pelbagai segi, selain kebangkitan beberapa CMS baru pada tahun ini.

WordPress, Joomla! dan juga Drupal masih lagi kekal sebagai CMS yang popular dengan angka pengguna yang amat ramai. WordPress mendahului semua yang lain dari segi penjenamaan dan juga angka penggunaan yang meningkat dari hari ke hari.

Selain daripada itu, Concrete5 memperlihatkan peningkatan yang baik sepanjang tahun ini, selain dari segi CMS jenis .NET, DotNetNuke terus kukuh selain Umbraco.

Bagi mereka yang ingin mendapat dan mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dunia CMS sumber terbuka sepanjang tahun 2011, anda boleh memuat-turun laporan penuh dalam bentuk PDF secara percuma dari laman Water and Stone.


Twitter Bereksprementasi Dengan Iklan Teks
Sesuatu Yang Baru Daripada Facebook Rabu Ini?
Ubuntu 12.04 Akan Dikenali Sebagai Precise Pangolin
Kod Sumber Tizen Versi Pra-Lihat Dilepaskan Kepada Umum
Instagram Kini Mempunyai Lebih Daripada 50 Juta Pengguna Berdaftar

7 Komen

  1. joev pada 03 Dec 2011

    terbaiklah wordpress

  2. topo pada 03 Dec 2011

    first time time kewujudan concrete 5

  3. wazy pada 03 Dec 2011

    saya sayang wordpress

  4. Izzat Aziz pada 03 Dec 2011

    good stuff die hard.

  5. faizalsaedon pada 04 Dec 2011

    WordPress the best… tapi macam boleh cuba jea Concrete5

  6. [re-arrange] pada 05 Dec 2011

    concrete5 masih susah utk dikonfigurasi. Dah cuba install tapi asik fail je… T___T


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader