28Dec

YouTube Slam Membolehkan Anda Mengundi Video Kegemaran Anda

Google

Dalam usaha untuk membolehkan para pengguna YouTube kekal lebih lama pada laman video terkemuka tersebut, kini Google memperkenalkan sebuah fungsi eksperimental, dinamakan sebagai YouTube Slam. Melalui YouTube Slam, ia membolehkan para pengguna menemui pelbagai video baru yang menarik dengan mudah, disamping membolehkan mereka mengundi untuk video yang menarik.

Melalui YouTube Slam, beberapa kategori disediakan, dimana pada setiap kategori, beberapa video diperlihatkan, dan dibandingkan dengan video yang lain. Para pengguna boleh memilih video yang tampak lebih comel, menarik, kelakar dan sebagainya, dan mengundi untuk video tersebut.

Video yang mendapat undian yang paling banyak akan diperlihatkan kepada lebih ramai, dibawah Leaderboard. Selain daripada ia membolehkan para pengguna menghasilkan video yang lebih menarik, dan menemui pelbagai video menarik seluruh dunia, ia juga sekaligus menguntungkan pihak Google dan YouTube, dimana para pengguna menghabiskan lebih banyak masa pada laman tersebut melaluinya.


10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 11 Ogos
Chrome 15 Beta Membawakan Halaman Tab Serba Baru
Google Memperkenalkan Antaramuka Baru YouTube Kepada Semua
Google Mula Memperkenalkan Perkhidmatan Blogger Mengikut Negara
Google Ingin Membeli Meebo Pada Harga $100 Juta?

12 Komen

  1. Zulhamizan pada 28 Dec 2011

    macam facesmash dalam movie social network. Haha, nampak macam cool, tertiba teringat Funny or Die

  2. ZoOL pada 28 Dec 2011

    i loike.. aku nak pi discover new hidden video kat youtube dulu :3

  3. amoi pada 28 Dec 2011

    ahahaha. macam facemash :D

  4. Jyundoo pada 28 Dec 2011

    makin lama la depan laptop lyn utube

  5. komander pada 29 Dec 2011

    ini macam idea facemash je? Yang dalam cerita social network tu…

  6. Haziq pada 29 Dec 2011

    cool.!

  7. Lia Nadia Qistina pada 29 Dec 2011

    aik .. macam kisah Facebook dalam filem The Social Network. Tapi fungsi ni bagus juga, at least mengurangkan video-video yang duplicate. Selalu kita banyak jumpa video yang serupa tapi di upload oleh berpuluh orang,padahal kandungan video sama saja.

  8. spkcre pada 29 Dec 2011

    +1

  9. Ikhwan pada 29 Dec 2011

    Bukan benda ni dah lama ke aman? Kalau tak silap 2 3 minggu lepas

  10. Nisa pada 29 Dec 2011

    Apsal youtube makin susah nak ditgk ni?

  11. lanz pada 29 Dec 2011

    nice

  12. kyrul pada 30 Dec 2011

    +1


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader