08Jan

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 5 Januari

Google

Sepanjang tahun 2011, carian Google Malaysia memperlihatkan pelbagai perkara yang dicari oleh para pengguna tempatan, dan melalui carian Google Malaysia sepanjang minggu lepas, ia dilihat para pengguna tempatan mencari pelbagai perkara, dan dilihat 5 daripada 10 carian memfokuskan kepada hiburan, dan selebihnya memfokuskan kepada beberapa perkara lain.

Berikut merupakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang 30 Disember sehingga 5 Januari yang lepas:

Ucapan Tahun Baru

Seperti perayaan dan juga hari-hari utama yang lain, para pengguna tempatan dilihat telah menggunakan enjin carian Google dalam mendapatkan beberapa ucapan bersempena dengan tahun baru 2012 untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mereka yang lain.

3 Idiots

Salah satu filem tahun 2009 telah pun ditayangkan di kaca televisyen tempatan melalui saluran TV3, yang mana memperlihatkan ramai peminat cerita berkenaan mula mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan filem lakonan Aamir Khan tersebut.

The Darkest Hour

Filem terbaru yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara, yang mana mengisahkan mengenai makhluk asing yang mula menakluki bumi.

Boxing Day

Ramai rakyat tempatan dilihat turut mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan perayaan yang disambut sehari selepas Hari Natal, yang mana jatuhnya pada 26 Disember pada setiap tahun.

MFace

Laman sosial yang pernah kami tuliskan sebelum ini pada bulan Oktober yang lepas mula mendapat perhatian ramai, dimana telah pun dilancarkan bersama oleh Ac Mizal dan juga Teddy Teow.

Titanic

Dengan bermulanya tahun 2012, beberapa perkara mula mendapat perhatian kembali, termasuk peristiwa kapal Titanic, dimana pada tahun ini, ia genap 100 tahun sejak kapal tersebut tenggelam, dimana peristiwa tersebut telah berlaku pada 10 April 1912, membunuh 1517 orang.

Kia Malaysia

Naza Kia Malaysia memulakan tahun baru 2012 dengan memperkenalkan Optima K5 dengan spesifikasi tinggi yang baru, pada harga yang amat menarik sekali.

Aaron Aziz

Gambar Aaron Aziz yang mencium isteri beliau dihadapan Eiffel Tower di Paris turut sama mendapat perhatian ramai pengguna tempatan, selain turut dilihat tersebar di blog dan laman web tempatan.

Katty Perry

Penyanyi popular yang berumur 28 tahun ini mula mendapat perhatian kembali apabila beliau bercerai dengan suami beliau setelah berkahwin hanya 14 bulan sahaja.

Maharaja Lawak Mega

Rancangan realiti yang memfokuskan kepada pelawak-pelawak bersaing antara satu sama lain, akhirnya tamat pada 30 Disember yang lepas, memperlihatkan salah satu kumpulan memenangi takhta tersebut.


Iklan Teks Pada Hasil Carian Imej Google
Chrome 2.0.168.0 Menggunakan Enjin V8 Terkini
Google Mengintegrasikan Buzz Pada GMail
Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome
Google Mengemaskini Fungsi Google Sitelinks - Memperlihatkan Sehingga 12 Pautan

15 Komen

  1. topo pada 08 Jan 2012

    haha aku antara orang yang sibuk search pasal MFace & 3 Idiots & Boxing Day

  2. Omar pada 08 Jan 2012

    All is Well~

  3. scromix pada 08 Jan 2012

    aaron aziz? mface? haha~

  4. DrexarN9 pada 08 Jan 2012

    All is Well :D

  5. Ekspresi Ruang pada 08 Jan 2012

    3 Idiots mmg filem plg sesuai ditonton dan dihayati maksudnya oleh org yg nk berjaya

  6. beliamuda pada 08 Jan 2012

    Dah genap 100 tahun rupanya Titanic ni.

  7. Fikri Adhiey pada 08 Jan 2012

    Kes Aaron Aziz tu agaknya aku yg sebarkan dulu kot memula… pastu tetiba je trus femes gambar tu. hahaha, tapi aku dah delete… aku pon ambik kat Facebook bini dia, Diyana Halik… sorry Aaron! :)

  8. AMR pada 08 Jan 2012

    Mface & Maharaja Lawak Mega… haha..

  9. ibnumalik pada 08 Jan 2012

    huh? satu pun xde dalam carian aku minggu ni, keke.

  10. atiqsalleh pada 08 Jan 2012

    bukan 10 april la.. 14 april.. hari tue ada dokumentari pasal titanic.. apa perbicaraan pasal titanic.. siapa yang bersalah

  11. Viz pada 08 Jan 2012

    All is well pun ada.

  12. Mazrie pada 08 Jan 2012

    So maybe menampakkn org Mlaysia mentalitinya lebih kepada hiburan n sosial… memang tidak dinafikan dimana2 pun kita disajikan dengan hiburan…dengan pantas, dan hanya dihujung jari juga kita sudah mampu berhubung

  13. Jyundoo pada 09 Jan 2012

    Carian Ustaz Azhar Idrus lom termasuk lagi ek. hehe

  14. sarraazzam pada 09 Jan 2012

    haha 3 idiots pon dlm list,,


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader