09Jan

Acer Melancarkan Perkhidmatan Perkomputeran Awan – Acer Cloud

Gajet, Perisian

Dengan dunia perkomputeran awan yang semakin popular dari hari ke hari, kini pengeluar komputer dan komputer riba terkemuka dunia, Acer turut mengumumkan dan memperkenalkan perkhidmatan perkomputeran awan mereka tersendiri, dinamakan sebagai AcerCloud, membolehkan pengguna berhubung dengan data dan fail mereka dimana sahaja mereka berada.

Melalui AcerCloud, beberapa perkhidmatan yang didatangkan bersama adalah PicStream yang membolehkan pengguna menghantar gambar dari peranti mudah-alih mereka terus ke komputer Acer milik mereka, AcerCloud Docs yang membolehkan dokumen disimpan pada awan, dan diakses melalui pelbagai peranti dengan mudah, serta clear.fi Media yang membolehkan semua fail-fail multimedia diakses dimana sahaja pada bila-bila masa.

Perkhidmatan ini dijangka akan didatangkan bersama-sama dengan pelbagai komputer keluaran Acer bermula suku tahun kedua tahun ini (bermula daripada Amerika Syarikat dan China), yang mana membolehkan para pengguna berhubung dengan selamat bersama pelbagai peranti dan dokumen mereka dimana sahaja mereka berada. Walaubagaimanapun, sokongan AcerCloud dijangka akan diperkenalkan ke seluruh dunia bermula suku tahun ke-empat.

Acer turut mengatakan para pengguna turut sama boleh mengaksesnya melalui peranti pintar mereka, dimana sokongan awal akan diperkenalkan untuk Android, dan platform lain akan menyusul selepas itu.


Yoonic.tv - Tonton Rancangan Kegemaran Hanya Melalui Komputer
Opera Untuk Tablet Bakal Di Perkenalkan
Aplikasi iOS Amanz Daripada Wut2Feed Kini Sedia Di Muat-Turun
Asus Eee Pad MeMo 171 Kini Boleh Didapati Di Malaysia
Nokia Lumia 900 Mula Kelihatan Di Nokia Store Malaysia

5 Komen

  1. deleted pada 09 Jan 2012

    I don’t think Acer Cloud is needed. Wai pplz lieks to maek copycats? Acer is copying AsusAccess! lol

    • Danzatx pada 09 Jan 2012

      Dah la cakap pasal copykat nih… Benda nie dah normal zaman sekarang. Fikir positif la, benda-benda camni akan buat kita banyak pilihan untuk pilih dari satu je yang ada..

  2. Jwan pada 09 Jan 2012

    Good artist copy. Great artists steal. So Acer is just typically good but not that great. B-)

  3. myFirdaus pada 09 Jan 2012

    image tu pon dah ala2 iCloud.

  4. Omar pada 09 Jan 2012

    Even aku pengguna Acer, aku rasakan baik aku guna SkyDrive jer.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader