05Jan

Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi

Google

Bilangan aplikasi mudah-alih terus meningkat dari hari ke hari, dan kini Distimo, salah satu penganalisa berkaitan aplikasi mudah-alih dan yang berkaitan dengannya mengumumkan yang mana kini Android Market mempunyai lebih daripada 400,000 aplikasi padanya. Sebelum ini, Google telah mencapai lebih 300,000 aplikasi menjelang bulan Ogos yang lepas.

Pada masa yang sama, ia turut dilaporkan yang mana hampir 2/3 aplikasi pada Android Market adalah aplikasi percuma, dan angka aplikasi percuma terus meningkat dari hari ke hari. Pada penghujung tahun 2011, ia dilaporkan hampir 68% aplikasi yang ditawarkan adalah aplikasi percuma.

Walaupun pada mulanya, aplikasi yang dibangunkan untuk Android adalah sedikit berbanding dengan iOS, kini sejak tahun yang lepas, angka aplikasi yang dibangunkan untuk platform Android bertambah drastik, dan mungkin akan menyaingi dan melangkaui platform iOS pada tahun ini.


Android 2.3.3 Menumpukan Perhatian Pada Fungsi NFC
Iris - Aplikasi Seumpama Siri Untuk Pengguna Android
Aplikasi Google Translate Kini Membawakan Sokongan Menterjemah Tulisan
Ice Cream Sandwich Kini Digunakan Pada 4.9% Peranti Android Seluruh Dunia
Google Manjakan iOS - Perkenalkan Kemaskini Google+ Untuk iOS Sebelum Android

4 Komen

  1. azwan11 pada 05 Jan 2012

    android FTW!

  2. Aies pada 05 Jan 2012

    Android = iOS = AWESOME !

  3. Neo pada 05 Jan 2012

    Tapi aku geram sesetengah App tak available to all country contoh nya Plant vs zombie dan GTA 3 kat malaysia

  4. hezzi pada 06 Jan 2012

    rase cam nk beli android phone lak..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader