Setelah dilancarkan pada platform Google Chrome, kini Rovio terus memperluaskan platform yang disokong dengan permainan Angry Birds, dimana Rovio dilaporkan bakal melancarkan Angry Birds di Facebook pada 14 Februari kelak, dan menariknya pelancarannya akan diadakan di Jakarta, Indonesia, salah satu negara dengan pengguna Facebook paling ramai di dunia.
Jadi, apakah perbezaan yang bakal dibawakan pada platform Facebook? Pertama sekali, ianya akan mengintegrasikan fungsi sosial sepenuhnya, dimana melalui Angry Birds pada Facebook, ia bakal menyertakan sistem kedudukan berdasarkan mata, membolehkan anda bersaing antara satu sama lain rakan-rakan anda.
Pada masa yang sama, ianya juga akan membolehkan para pemain membeli kuasa tambahan atau burung-burung khas pada harga serendah $0.99, serta sekaligus memudahkan anda menyelesaikan sesuatu fasa permainan itu dengan pantas.
Angry Birds pada Facebook juga bakal membawakan kualiti grafik dan animasi yang tinggi, serta didatangkan dengan sokongan untuk dimainkan pada skrin penuh. Sama-sama kita nantikan tarikh 14 Februari kelak untuk pelancaran Angry Birds di platform Facebook.
aku tak suka main game kat fb nanti addicted kang susah.
Angry birds kat android pun aku tak habis main lagi.
HAHA
Angry birds kat iPhone pun aku tak habis main lagi.
HAHA
Angry birds kat PC pun aku tak habis main lagi.
HAHA
Angry birds kat WP7 pun aku tak habis main lagi.
HAHA #i-lied
hahaha… lawak komen korang semua
Angry birds kat Symbian pun aku tak habis main lagi.HAHA
err…hidupku penuh dengan angry birds :S
Game angry birds yang sedia ada pun x habis main lagi.. huhu…
yeah….terbaek
terbaekk ni..
mana nak cari nasi lauk angry bird? hohoho
angry bird salut tepung
goreng berempah..
Guna beg Angry Birds ke sekolah…
Pakai beg angry birds pergi kerja…
HAHA
aku pulak memang xpernah main angry bird nie…haha
Baguslah…
Nt keluar plk angry cow hahahaha
terbaik!
yyyyyyyyyeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaahhhhhhh………!!!!!!!!!!!!!!!!!!
main angry bird kat nokia 3310 pon belum habis lagi.
Sambil kita tunggu kita nyanyi lagu
Burung oh burung
Kenapa engkau marah
Macam mana aku tak marah
Babi curi telur aku
Babi oh babi
Kenapa engkau curi telur
Macam mana aku tak curi
Raja babi suruh
Raja oh raja
Kenapa suruh curi telur
Macam mana beta tak suruh
Memang makanan beta