Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sejak daripada hari Jumaat yang lepas, topik laman perkongsian fail hangat diperbincangakan dipelbagai forum, dan juga laman sosial. Ianya adalah kerana laman MegaUpload telah dipadam sepenuhnya daripada arena internet, dan menjadikan persoalan mengenai laman-laman perkongsian yang lain. Dan sebagai langkah alternatifnya, kumpulan hacktivist terkemuka, Anonymous seperti ingin melancarkan perkhidmatan tersendiri, dinamakan sebagai Anonyupload.
Seperti semua sedia maklum, kumpulan Anonymous amat ramai, dan mungkin ini merupakan salah satu usaha daripada sebahagian ahli kumpulan tersebut. Perkara ini tida diketahui adakah akan dilancarkan sebenar-benarnya ataupun hanya gimik semata-mata.
Daripada laman yang boleh diakses melalui Anonyupload.com dan juga AnonyVideo.com, ia menunjukkan mesej mengatakan perkhidmatan tersebut akan dilancarkan pada 25 Januari kelak, dan pelayannya akan dihoskan di Rusia, menjadikannya tidak tertakluk dengan undang-undang Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan sebelum ini, ianya tidak diketahui adakah ianya hanya gimik semata-mata ataupun adakah ianya akan dilancarkan sebetulnya.
25 Komen
Tinggalkan Komen Anda
+1
Boleh download lagi la kalo macam ni…
kita tunggu dan lihat aje dulu.
Harap2 benda betul la.. bukan sekadar gimik..
menarik lg kalau ada unifi
countdown menunggu tarikh 25hb…haha
Semoga perkembangan terkini isu perkongsian fail memberikan faedah kepada pengguna.
mantop!!
Caree!! anonymous buat file hosted sendiri… nak lihat perkembangan baik lepas nih.
semoga menjadi realiti.
harap menjadi la ape yg dikatakan
Jangan sokong Anonymous! “Menang sorak kampung tergadai”.
pasai pa pulak ? apa yg tergadai ?
Typical meleis, pasal meleis mcm ini lah SOPA dapat diteruskan.
Sekarang ni ha kau dah jelas banyak benda tergadai.
Kau ade internet tapi juz gune utk online FB itu aje? kalau itu bg kau puas, then bersorak lah sorang2. #JustSaying
nice!!
Nice Anonymous !
please save us!
Come On Anonymous !
kita tunggu..
kita lihat..
BIGGEST SCAM EVER!!!
Really? So they have never released tens of thousands of credit cards into the wild and have never made donations from those stolen credit cards?
haha buat ape dia nak scam kau.
FBI,Sony Corp. pun dah pernah di-hacked woi.
Buat la apa pun, janji aku dapat download files size besar dengan mudah ..
yyyeeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh…………..!!!!!!!!!!!!!!
dunia internet semakin terbuka.. adakah ini perkembangan yang positif? bukan aku tak optimis, tapi fikirkanlah dengan lebih mendalam.. “kebebasan” apakah sebenarnya?