27Jan

Aplikasi MY Traffic Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk HTML5 – Menyokong Semua Peranti

Web 2.0

Ingatkah lagi dengan aplikasi MY Traffic yang diperkenalkan kepada para pengguna Android sebelum ini? Nampaknya, kini pembangun aplikasi tersebut ingin membawakannya kepada pelbagai platform lain melalui sokongan HTML5, dimana kini ujian betanya sedang dilakukan melalui sebuah laman khas.

Melalui laman tersebut, para pengguna yang menggunakan peranti yang menyokong HTML5, seperti Windows Phone, iPhone, iPad, Nokia (Symbian), dan sebagainya boleh menggunakannya, dan mengujinya, sebelum ia dilancarkan pada bulan Februari kelak.

Buat masa ini, data yang digunakan pada laman percubaan tersebut hanyalah data yang tidak begitu tepat, dan masih untuk tujuan ujian sahaja lagi. Mungkin semuanya akan berubah ketika ianya dilancarkan pada Februari kelak.

Jadi, sementara menunggu ianya dilancarkan, para pengguna boleh menguji laman tersebut, dan bermain-main dengannya.


MySpace Bakal Mengintegrasikan Facebook Connect?
CarDealer.my Dilancarkan - Laman Iklaneka Untuk Automotif
Video Promosi Undies Memperlihatkan Secara Kasar Fungsi Yang Bakal Dibawa Olehnya
Lebih Info Berkaitan Photognity Yang Bakal Dilancarkan
SlideShare Diambil-Alih Oleh LinkedIN Untuk $119 Juta

3 Komen

  1. Drexa21 pada 27 Jan 2012

    wow menarik gila ni. Maksudnya MeeGo pun boleh support. Pandai2

  2. Lia Nadia Qistina pada 27 Jan 2012

    sungguh membantu. ndak la sesat time melancong bersendirian.

  3. hezzi pada 29 Jan 2012

    perghh…xsabar nk guna nie..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader