Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Formspring merupakan salah satu laman sosial yang membolehkan para pengguna bertanya pelbagai soalan kepada anda, sekaligus membolehkan mereka mengenali anda dengan mudah. Setelah hanya memperkenalkan aplikasi versi web sebelum ini, kini mereka memperluaskan tawaran dengan membawakan aplikasi Android rasmi untuknya.

Sama seperti versi web, ia membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Facebook, ataupun log masuk menggunakan akaun Formspring sedia ada ataupun terus mendaftar melaluinya. Sebaik sahaja log masuk, anda akan dapat melihat beberapa tab, dan seperti biasa, anda boleh melihat kemaskini rakan-rakan anda, selain turut bersoal-jawap terus melalui aplikasi tersebut. Dengan itu, anda mungkin dapat menjawab persoalan rakan-rakan anda, dalam bentuk masa-nyata, serta merta.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi FormSpring terus daripada Android Market, dan gunakannya pada hari ini.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dah terlambat….
aplikasi ni sesuai di gunakan oleh USTAZ,doctor,cikgu,pakar IT dan sesiapa saja yang mahir dalam sesuatu hal.senang nak bertanya dan menerima jawapan dengan cepat..
waktu dulu, ramai kawan aku bajet hot guna web app ni.. tapi sedih tengok tak da siapa tanya. hoho~
formspring ? mcm bongok je :3
macam dah takda sambutan dah formspring ni…
bosan gila ngan formspring ni. poernah sorang awek tu hyper active tanya soalan. satu hari 30 soalan masuk. macam bangang. Dah tahap bot punya tanya…