06Jan

Apple Bakal Membawakan Sokongan Thunderbolt Pada Peranti iOS?

Apple

Salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel pada tahun lepas bersama-sama dengan pihak Apple adalah Thunderbolt. Dan selain daripada laporan mengatakan Intel bakal memperkenalkan Thunderbolt kepada semua pengeluar menjelang April 2012 ini, kini ia kelihatan Apple telah pun memohon paten dan hak cipta untuk menggunakan Thunderbolt pada peranti iOS mereka.

Melalui permohonan baru mereka itu, ia kelihatan Apple mungkin akan memperkenalkan sambungan Thunderbolt pada peranti iOS mereka, membolehkan data dipindahkan dengan lebih pantas antara peranti iOS seperti iPad, iPhone dan iPod dengan perkakasan dengan Thunderbolt terbina yang lain.

Apple kini telah pun sedia mempunyai pelbagai peranti dengan sokongan Thunderbolt terbina, dan perkara ini juga mungkin akan memberikan tambah nilai kepada peranti iOS mereka yang sedia ada. Namun begitu, hendaklah diambil tahu yang mana Apple mempunyai pelbagai paten dan hak cipta yang mana masih lagi tidak digunakan sepenuhnya, dan mungkin ini merupakan salah satu dibawah senarainya.


Apple Memperkenalkan Tablet Mereka - iPad
Apple Bakal Memudahkan Web Dengan Gianduia?
Prototaip iPhone Dengan Papan Kekunci Fizikal Sedang Diuji?
Fungsi Input Suara Pada TellMe Dan Siri Dibandingkan Secara Adil
#Santai : Video Sokongan Magikal Pada Apple iPad 3

5 Komen

  1. rompey pada 06 Jan 2012

    thunder thunder thunder bolt!!!

  2. fau7i pada 06 Jan 2012

    Pehh ganas ni.

  3. Mashi pada 06 Jan 2012

    ingat kat cter thunder cat
    hehehe

    • sepan pada 06 Jan 2012

      +1

  4. gigikuku pada 07 Jan 2012

    thunder bolt mcam besar je, mcam mna nk letak kat iDevice?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader