Cari @ Amanz

Salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel pada tahun lepas bersama-sama dengan pihak Apple adalah Thunderbolt. Dan selain daripada laporan mengatakan Intel bakal memperkenalkan Thunderbolt kepada semua pengeluar menjelang April 2012 ini, kini ia kelihatan Apple telah pun memohon paten dan hak cipta untuk menggunakan Thunderbolt pada peranti iOS mereka.

Melalui permohonan baru mereka itu, ia kelihatan Apple mungkin akan memperkenalkan sambungan Thunderbolt pada peranti iOS mereka, membolehkan data dipindahkan dengan lebih pantas antara peranti iOS seperti iPad, iPhone dan iPod dengan perkakasan dengan Thunderbolt terbina yang lain.

Apple kini telah pun sedia mempunyai pelbagai peranti dengan sokongan Thunderbolt terbina, dan perkara ini juga mungkin akan memberikan tambah nilai kepada peranti iOS mereka yang sedia ada. Namun begitu, hendaklah diambil tahu yang mana Apple mempunyai pelbagai paten dan hak cipta yang mana masih lagi tidak digunakan sepenuhnya, dan mungkin ini merupakan salah satu dibawah senarainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd