Cari @ Amanz

Bagi para peminat Apple, semestinya anda mengetahui yang mana Apple bakal mengadakan sebuah acara khas pada minggu ini, yang memfokuskan kepada pendidikan. Dan kini, ia dilaporkan yang mana berkemungkinan selain daripada kerjasama bersama pengeluar buku teks untuk menawarkan buku dalam bentuk digital, Apple juga akan memperkenalkan aplikasi khas untuk membangunkan buku digital.

Melalui laman Ars Technica, ia melaporkan yang mana Apple akan turut sama memperkenalkan aplikasi ringkas seperti GarageBand tetapi untuk buku digital. Melalui aplikasi tersebut, ia akan memudahkan pembangunan buku digital, serta menjadikannya interaktif.

Ia dilaporkan, Steve Jobs sendiri pernah terlibat dengan projek ini untuk beberapa tahun. Acara khas daripada Apple ini disasarkan untuk hari Jumaat ini (waktu tempatan), yang mana semestinya menjadi salah satu perkara yang dinantikan dikalangan pembangun kandungan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd