16Jan

Appxplore Bakal Melancarakan Permainan Mudah-Alih Pertama – Lightopus

e-Permainan, Perisian

Sepanjang tahun 2012, dunia mudah-alih Malaysia terus dijangka menarik, dengan bertambah pengguna tablet dan telefon pintar, dan sekaligus membolehkan para pembangun tempatan menawarkan pelbagai permainan interaktif dan menarik untuk para pengguna, dan salah satunya adalah syarikat Appxplore, yang bakal melancarkan permainan mereka – Lightopus.

Buat masa ini, tarikh pelancara rasmi permainan ini masih lagi belum diketahui. Namun, pihak Appxplore telah pun memulakan ujian beta tertutup untuk permainan tersebut. Kami sendiri belum dapat mengujinya, namun melalui sebuah video promosi yang diperlihatkan, ia memperlihatkan permainan tersebut amat menarik, dengan grafik yang kemas dan memikat hati.

Ia tidak diketahui samada adakah pembangun permainan ini mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkannya pada platform Android dan lain-lain ataupun tidak. Buat masa ini, mereka hanya mensasarkan untuk melancarkannya pada platform iOS sahaja.


Firefox 8 Memasuki Fasa Pembangunan Nightly
Pelayar Web Bolt Untuk Android Dilancarkan Dan Sedia Dimuat-Turun
WutMedia Dilancarkan - Wut2Feed Ditawarkan Secara Percuma Dalam Bentuk Beta
Antaramuka Firefox UX Memperlihatkan Perubahan - Memfokuskan Lebih Kawalan Kepada Pengguna
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun

4 Komen

  1. Riez Forester pada 16 Jan 2012

    Aku takut kene saman je nanti. Macam curi idea dari game famous Will Wright, Spore.

  2. Masri Amin pada 16 Jan 2012

    hoho…

  3. Rio pada 16 Jan 2012

    @Riez Forester
    Idea tak boleh di copyright kan.
    Curi gambar/music boleh kena saman.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader