25Jan

Beberapa Aplikasi Bercirikan Tempatan Mula Kelihatan Di Windows Phone Marketplace

Microsoft

Dengan pelancaran Windows Phone Marketplace untuk pasaran Malaysia yang semakin hampir dari hari ke hari, kini beberapa aplikasi yang memfokuskan pasaran tempatan sudah pun mula kelihatan pada Marketplace, dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari. Menurut pihak berkaitan, dalam melancarkan Marketplace, mereka juga dalam proses bekerjasama bersama beberapa media terkemuka dalam membawakan aplikasi mereka ke platform Windows Phone.

Daripada carian mudah yang dilakukan pada Marketplace pada hari ini, beberapa aplikasi bercirikan tempatan sudah pun mula kelihatan, dan antaranya adalah termasuk;

MalaysiaKini

Seperti aplikasi media dan berita yang lain, melaluinya ia membawakan kemaskini berita semasa, samada dalam pilihan bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan turut membolehkan anda log masuk untuk ikuti berita melaluinya. Namun, melalui komen yang ditinggalkan oleh pengguna pada halaman aplikasi tersebut, ia kelihatan aplikasi ini tidak berfungsi pada sesetengah peranti Windows Phone.

Starbucks Reachout

Aplikasi ini dibangunkan oleh para pelajar tempatan, dimana memfokuskan kepada rangkaian Starbucks di seluruh Malaysia. Melalui aplikasi tersebut, ia menyediakan data berkenaan dengan Starbucks, membolehkan anda mengetahui Starbucks berdekatan dengan anda, serta ikuti kemaskini berkaitan Starbucks terus melaluinya.

Malaysia Holiday 2012

Aplikasi ringkas yang menyenaraikan hari cuti-cuti am di Malaysia sepanjang tahun 2012 ini. Namun amat mendukacitakan kerana ia tidak membawakan antaramuka Metro seperti aplikasi Windows Phone yang lain.

Fast Food Malaysia

Aplikasi ini turut dibangunkan oleh pelajar tempatan, dimana ianya menyediakan sebuah direktori ringkas berkaitan dengan rangkaian makanan segera di Malaysia, termasuk Burger King, Kenny Rogers, dan banyak lagi. Melalui aplikasi ini, ia membolehkan anda membuat tempahan segera untuk sebarang makanan segera kegemaran anda, dimana ianya diintegrasikan bersama fungsi panggilan pada Windows Phone.

OhBulan

Salah satu aplikasi yang turut membawakan kemaskini langsung melalui integrasi fungsi RSS. Namun, daripada rekabentuknya, berkemungkinan ianya bukanlah aplikasi rasmi OhBulan, sebaliknya dibangunkan oleh pembangun dan peminat laman hiburan terkemuka itu.

Lain-lain

Banyak lagi aplikasi tempatan yang sudah mula kelihatan di Windows Phone Marketplace, dan mungkin kita boleh melihat lebih banyak aplikasi muncul dalam tempoh dua tiga minggu lagi.


Favicon Bing Mula Kelihatan
Silverlight 4 Di Pertontonkan Microsoft
Kemaskini Windows Phone Ditangguhkan Ke Bulan Mac?
Windows 8 Tidak Mengintegrasikan Sokongan Dolby Digital Plus?
Apple Meniru Slogan Dari Microsoft Zune Untuk iTunes?

5 Komen

  1. Viz pada 25 Jan 2012

    Macam berminat dekat WP7. Lebih lebih lagi dengan Nokia Lumia.

  2. ohcikgu pada 26 Jan 2012

    hoho..makin hebat dah orang kita sekarang ye.

  3. Luxuryhost pada 26 Jan 2012

    MDEC patut jadi moderator & pusat sehenti untuk pembangun perisian berasaskan Malaysia. Byk pembangun kat sini, konsep sama tapi berbeza idea dan pengetahuan. Kalo combinate idea-idea nie jadi satu yang perfect kemudian buat dalam semua platform tak kira Android, iOS, Symbian, Windows Phone, BB, Bada sehingga ke PC platform. Maybe pasal security bleh focus lebih lepas nie

  4. lieeexpArc_s pada 28 Jan 2012

    Android tetap NO1….

    • Jinjang pada 01 Feb 2012

      hahaha ure such a big failure my friend :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader