29Jan

Bernama Memperkenalkan Perubahan – Logo Baru Dan Butang Pembelian Berita

Web 2.0

Sejak awal tahun ini, laman utama Bernama, yang membawakan pelbagai berita dalam dan luar negara yang dikemaskini dengan pantas memperkenalkan beberapa perubahan, antaranya adalah pengenalan butang pembelian berita, membolehkan sesiapa sahaja membeli artikel mereka, dan juga terkini adalah logo yang diberikan nafas baru pada laman mereka.

Untuk makluman, Bernama menyediakan perkhidmatan sebagai penyedia berita, membolehkan pelbagai agensi dan media lain membeli dan melanggan artikel mereka untuk digunakan untuk tujuan percetakan dan penerbitan semula. Di arena media internet, salah satu pelanggan mereka adalah ILuvIslam. Namun, dengan budaya menyalin dan menerbitkan kembali artikel mereka tanpa sah, mungkin pihak Bernama ingin menekankan kembali perkhidmatan mereka, dengan memperkenalkan butang pembelian berita pada setiap artikel yang dikeluarkan mereka.

Namun, ujian ringkas yang dilakukan kami, memperlihatkan pendaftaran untuk membeli sesuatu berita masih sukar, dan percubaan kami gagal setiap kali cuba mendaftar untuknya.

Selain daripada itu, salah satu perkara utama yang diberikan perhatian pada minggu ini adalah perubahan bahagian logo pada laman Bernama.com, dimana ia diberikan nafas baru yang lebih segar lagi. Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi, kita akan terus dapat melihat beberapa perubahan minima pada laman berita terkemuka negara tersebut.


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik
Lebih 150 Orang Berdaftar Ke WordCamp Esok
MentariCSS Bakal Berevolusi Sepenuhnya
NovaWeekend Memperlihatkan 6 Projek Baru Dilancarkan
MyEmail Ke Fasa Beta - Membuka Pendaftaran Untuk Semua

14 Komen

  1. EddyGeek pada 29 Jan 2012

    beli via maybank2u

  2. shifa pada 29 Jan 2012

    takde benda yang tak boleh copy paste hoho

    • Lia Nadia Qistina pada 29 Jan 2012

      content bernama tak boleh copy, melainkan dengan cara Save As webpage dia..

      • hezzi pada 29 Jan 2012

        bolehlah..tapi kena tau cara la..sbb baru je copy artikel diorg..huhuhu..

  3. Myvitrd pada 29 Jan 2012

    Bermula dari awal tahun 2012 BERNAMA telah meningkatkan beberapa perkara dilaman web tersebut.. dan mungkin masih ada yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.. Sekiranya ada komen atau idea penambah baikkan bolehlah diajukan di menu maklum balas yang disediakan dalam website tersebut..

  4. deleted pada 29 Jan 2012

    Why do you need to buy news? We have google lads… Look no further

    • Arrul pada 29 Jan 2012

      +1

    • EddyGeek pada 29 Jan 2012

      ni untuk siapa yang nak ambik sumber.. ye la diorang buat coverage, bukan free.. lagipun kalau takat nak baca tu tak da bayaran langsung dikenakan.. kalau nak ambik untuk buat rujukan sebagainya.. perlu dibayar. Google news pun ada letakkan link dari bernama.

  5. ejam pada 29 Jan 2012

    bila bernama dah jual berita maka wartawan bebas pun bleh ler offer utk jual berita, sama2 dapat manfaatnya.

  6. Lia Nadia Qistina pada 29 Jan 2012

    Bernama merupakan news agency. Kebanyakan klien diorang adalah jurnalis dari kampeni berita yang gunakan khidmat Bernama berbelas tahun lamanya. Cuma saya kurang baca bernama sebab tech coverage dia kurang..

  7. fiqueobiey pada 29 Jan 2012

    smua kene byr dh skang ni..

  8. eSafarEE pada 29 Jan 2012

    boleh tahan la…

  9. kartikel.com pada 30 Jan 2012

    ada bug lagi la tu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader