08Jan

BitTorrent Memperkenalkan Aplikasi Perkongsian Fail – Share

Perisian

BitTorrent kini telah pun sedia mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna setiap bulan, dan kini mereka memperluaskan produk mereka, dengan memperkenalkan aplikasi bernama Share, yang membolehkan anda berkongsi fail bersama-sama dengan rakan anda dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang had dan sebagainya.

Melalui aplikasi Share yang masih lagi pada peringkat Alpha ini, ia membolehkan para pengguna berkongsi video, gambar dan pelbagai jenis dokumen tanpa sebarang had storan, tanpa bayaran, dan memilih siapa yang akan menerima fail tersebut.

Share juga menjanjikan dimana perkongsian fail lebih pantas, dimana rakan-rakan anda boleh memuat-turun fail dengan lebih pantas berbanding teknologi sedia ada sekarang.

Perkhidmatan ini juga dijangka akan diintegrasikan pada klien popular BitTorrent dan juga uTorrent setelah ujian alpha-nya tamat. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh ke laman Share hari ini, dan mula menggunakannya serta-merta hari ini dalam berkongsi fail bersama rakan anda yang lain.


Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru
Aplikasi iPad Harian Metro Dimuat-Turun Lebih 7 Ribu Kali
Chrome 11 Dengan Sokongan Input Suara Dilancarkan
Yes Life Untuk iOS Bakal Dilancarkan Pada 12 Mei
UberSocial Bakal Membawakan Sokongan Integrasi BBM

5 Komen

  1. hanafi bhari pada 08 Jan 2012

    wow nice !

  2. DrexarN9 pada 08 Jan 2012

    ok semakin banyak la orang akan share files di Internet :D

  3. suarakomputer pada 08 Jan 2012

    like2…………….

  4. Mazrie pada 08 Jan 2012

    makin banyak la file2 memenuhi internet…dunia tanpa sempadan

  5. amer sparrowhawk pada 09 Jan 2012

    dh 5 tahun aku pkai bende ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader