04Jan

Sah : Presiden PayPal Kini Adalah CEO Yahoo!

Yahoo!

Yahoo! merupakan antara gergasi internet yang kini ditimpa zaman kemunduran akhir-akhir ini, bermula daripada ketika mereka mula menggunakan enjin carian Bing pada portal mereka. Setelah melalui fasa carian sejak daripada bulan September yang lepas, akhirnya hari ini, ia disahkan yang mana presiden PayPal, iaitu Scott Thompson adalah CEO baru Yahoo!, bermula daripada 9 Januari 2012 kelak.

Mungkin dengan teraju Scott Thompson kelak, Yahoo! akan memperkenalkan fokus dan matlamat baru yang lebih jelas, sekaligus menaikkan kembali nama Yahoo! yang mana kian pudar dari hari ke hari.

Sebelum ini, beberapa ura-ura turut memperkatakan yang mana Yahoo! mungkin akan dijual kepada pihak lain, selain mereka mula menutup beberapa perkhidmatan dalam mengurangkan perbelanjaan mereka. CEO baru kelak semestinya mempunyai tugas yang penting, dalam mengembalikan era kegemilangan Yahoo! kembali. Sama-sama kita nantikan pengumuman Yahoo!


BrowserPlus Memperkenalkan Dua Fungsi Baharu
Yahoo! - Carian Imej Untuk Tujuan Komersial
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Yahoo! Membawakan Fungsi Carian Yang Menarik
Kreatiview #4: Mimi Stoodle

8 Komen

  1. Jyundoo pada 04 Jan 2012

    oh, dah dapt ceo baru rupanya.agak2 Yahoo leh naik balik ke?

  2. Maxloon120 pada 05 Jan 2012

    OMG! Gempak nih!!

  3. MeiYen pada 05 Jan 2012

    Hahah, takde kaitan dgn I

  4. Omar pada 05 Jan 2012

    yMail pastinya lebih selamat pasni.

    Customer paypal yang guna e-mel yahoo mesti dijaga. Haha~

    Aku x guna e-mel yahoo :)

  5. scromix pada 05 Jan 2012

    emel lama tnggal since ada gmail… yahoo messenger tnggal since ada tweet… gtalk lg mudah… maybe paypal kot ada cnnect dgn pngguna yahoomail..haha moga yahoo x jatuh lg..

  6. woot woot pada 05 Jan 2012

    hang bila nak jadi ceo aku aman ? =/

  7. ZoOL pada 05 Jan 2012

    So, Scott skrg ni handle dua company la yea? atau Yahoo bergabung dgn Paypal??

  8. shafira pada 16 Jan 2012

    This was a great article that really was really helpful to me


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader