READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Selain daripada perisian seperti sistem operasi, dan aplikasi pejabat, antara industri yang turut menjadi mangsa cetak rompak dan muat-turun adalah industri permainan. Dan daripada data yang dikeluarkan oleh pihak TorrentFreak untuk sepanjang 2011, ia memperlihatkan Crysis 2, Super Mario Galaxy 2 dan juga Gears of War 3 adalah antara permainan yang dimuat-turun dengan kadar tinggi melalui BitTorrent.

Permainan Crysis sendiri yang dibangunkan oleh pihak Electronic Arts dan juga Crytek, memperlihatkan hampir 4 juta muat-turun hanya melalui platform BitTorrent sahaja untuk PC, dan menduduki tangga pertama. Manakala untuk platform Xbox 360, permainan yang paling banyak dimuat-turun adalah Gears of War 3 yang dilepaskan pada September 2011, dengan kadar muat-turun menghampiri 900 ribu.


Platform PC – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011


Platform Wii – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011


Platform Xbox – Melalui BitTorrent Sepanjang 2011

Permainan Super Mario Galaxy 2 turut menduduki tangga pertama untuk platform Wii dengan kadar muat turun menghampiri angka 1.3 juta. Daripada jadual ringkas yang dikeluarkan juga, ia memperlihatkan permainan pada platform PC masih lagi menjadi antara pilihan ramai, dengan jutaan muat-turun dilakukan melalui BitTorrent.

Terdapat 23 komen
  1. patutlah jumlah jualan game pc rendah gile.. tengoklah jumlah download.. dahla tu baru torrent tak masuk yang download direct.

  2. menakutkan…takut satu hari nanti bile game dh xbleh didownload sbb kena block

  3. aku da abis main crysis 2…. gempak!

    COD : Modern Warframe 3 je x main lagi… gile mahal kat kedai sampai rm30. huhu..

  4. Baru torrent, belum lagi direct download dan sharing copy pasta. Andai kata 1 game crysis bernilai $70 x 3.92mil = $274mil pergh….

  5. tu mengapa kompeni game developer merasakan amat rugi bila nak buat game PC, kemudian beralih kepada game konsole, tapi macam tu jugak…cetak rompak tak mengira mana-mana platform….ia adalah cabaran besar bagi game developer…..BTW, ada tak list game PS3 yang dimuat-turun secara pirate ni?…

  6. Actually, antara penyebab Crysis 2 punya donlod mencanak naik ialah dia punya leaked beta yang dimuaturun kt torrent beberapa bulan sebelum game Crysis 2 muncul di pasaran.

  7. sesiapa boleh tolong tak….. knpa xbox 360 sy tak boleh main cd cetak rompak kena main original juga…..

Komen

Nama
Web