Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara menarik sebelum ini yang kita dapat lihat pada novel ataupun beberapa blog adalah dimana beberapa kaedah interaktif digunakan dalam membolehkan para pengguna atau pembaca menentukan jalan cerita sesuatu kisah. Dan perkara ini digunakan oleh DiGi dalam memasarkan kempen Gila Internet mereka, dan menariknya menggunakan video YouTube berbanding dengan teks.
Untuk kempen ini, DiGi menyediakan beberapa video yang mana setiap satunya ditamatkan dalam beberapa minit, dan pada penghujungnya para penonton boleh memilih bagaimana mereka ingin menyambung sesuatu kisah itu, dan setiap satunya membawakan penamat yang berbeza-beza.
Oleh: Fairuz Bakar
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dah macam TV dah.. tak silap aku ada citer kat tv dulu yg konsep cam ni.. Impian Illyana kot..
A’a. Impian illyana, lepas habis citer, dia suruh sms, dan menangi hadiah menarik..
Dalam cerita nie la aku kenal diana amir ngan tiz zakiah…
digi ni kreatif la
mmg kreatif la…
siot dlm pada panik2 tu dia bleh cari tepon dulu utk amik gmbr dan send ke fb dan twitter…
dasar gila internet…haha
aku syak hantu tu akan bg kerjasama bila nk ambil gambar dia posing elok2, siap btolkan rambut, tak pun dia transform jd wanita cantik jap…haha
Menarik gila idea marketing diorang ni. Walaupun kat luar negara dah banyak buat, tapi ni boleh kata yang pertama di Malaysia
thanks for the info.. mmg smart digi ni
dia pakai phone Samsung Galaxy S II..
kelakor woi… aku dah tengok…. bahahaha
idea menarik, tapi pada pandangan aku cerita dia biasa je, tengok kosong.
Dig Google how to fight hantu. salah satu jawapannya take off your pants? wow!
Kalau digi, my friend lah buat campaign ni… advertising company ni nama dia Naga kalau tak salah…