06Jan

DiGi Menawarkan Samsung Galaxy Nexus Bermula Serendah RM1399

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, DiGi telah pun mula menawarkan peranti Galaxy Nexus melalui DiGi Online Shop bermula daripada hari ini, dimana para pengguna yang berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran untuknya. Melalui pelan dan pakej DiGi, peranti ini ditawarkan pada harga bermula daripada serendah RM1399 dengan pilihan pelan DG Smart Plan 68 selama 24 bulan.

Selain daripada itu, DiGi juga menawarkan pakej dengan pilihan 12 bulan, dan juga dengan pelan DG Smart Plan 48. Ia tidak diketahui adakah DiGi akan terus memulakan penghantaran selepas pembayaran ataupun, adakah ianya akan mula dihantar bermula minggu hadapan – 13 Januari.

Selain DiGi, Celcom juga dijangka akan menawarkan peranti tersebut, namun masih belum mengemaskini laman mereka dengan tawaran untuk Galaxy Nexus.


Pelan dan Pakej iPhone 4 Maxis Mungkin Berubah?
Siti Nurhaliza, Yes 4G dan iPad
HTC Dan Maxis Bakal Melancarkan HTC Sensation?
Konsol PlayStation Dengan Sensor Pergerakan Seumpama Kinect Bakal Diperkenalkan?
HTC Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk Membuka Bootloader

9 Komen

  1. NK pada 06 Jan 2012

    berdasarkan info yang aku dapat, Maxis je yang takkan offer phone ni,
    sebab dia dah taknak keluarkan phone plan untuk samsung, sekarang tengah sibuk clearkan stok S2.

  2. azwan11 pada 06 Jan 2012

    teringin teringin. Y.Y

  3. feirdausb pada 06 Jan 2012

    Nmpaknye plan digi nmpak menarik..ap lagi peminat2 google phone..ics ready tu :p

  4. ali mamak pada 06 Jan 2012

    x mampu lg weh…

  5. Kerul pada 06 Jan 2012

    Aper lah maxis takder… kalu Android takder kat Maxis, aku chalo secepat mungkin…

  6. syamilshahimi pada 06 Jan 2012

    Maxis jambu Apple. Tu yang x jual GNexus tu. kehkehkeh

  7. hezzi pada 07 Jan 2012

    konpius samaada nk amik nexus atau sgs2..

  8. jcy155 pada 10 Jan 2012

    Dalam internet ade cakap yang Galaxy Nexus ni ada masalah speaker slow. Boleh amanz dapatkan more info on this dan juga lain-lain masalah Galaxy Nexus.

  9. wunan pada 13 Jan 2012

    betul ke bran nexus ni ada masalah speaker? aku pun nak tahu juga,nanti dah beli mahal2, rosak plak…merana ooo


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader