12Jan

Facebook Disasarkan Melangkaui Lebih 1 Billion Pengguna Menjelang Ogos

Web 2.0

Dari segi industri laman sosial, Facebook masih lagi kekal dihadapan dengan lebih 700 juta pengguna global seluruh dunia, selain daripada Google yang mengejar dibelakang, dengan pertambahan angka pengguna dengan pantas. Dan melalui sebuah laporan ramalan yang disediakan oleh agensi pemasaran digital, ia diperlihatkan Facebook bakal mencapai lebih 1 Billion pengguna menjelang bulan Ogos kelak.

Seperti semua sedia maklum, pendaftaran angka pengguna baru di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan lain-lain sudah mula menurun, sebaliknya pengguna di negara-negara sekitar Asia Tenggara, India, Brazil dan sebagainya memperlihatkan peningkatan drastik.

Di Malaysia sahaja, kini terdapat lebih 12 juta akaun berdaftar, memperlihatkan betapa popularnya laman sosial tersebut di rantau ini. Selain daripada itu, dengan lebih banyak aplikasi dan web-web yang mula mengintegrasi sokongan Facebook, seperti Open Graph dan juga sokongan Facebook Comment, ia dijangka akan terus kekal popular sepanjang tahun ini.


WikiPedia Meraih $6.2 Juta Hasil Sumbangan Orang Ramai
Kod Sumber Diaspora Di Lepaskan
Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?
68% Daripada Populasi Internet Malaysia Kini Di Facebook
TwitFacts Memaparkan Data Yang Dibincangkan Di Laman Sosial Dalam Bentuk Interaktif

6 Komen

  1. azwan11 pada 12 Jan 2012

    ramai gila. Bila pengguna G+ nak sampai ke angka ni?

    • sepul pada 12 Jan 2012

      +1

  2. Jyundoo pada 12 Jan 2012

    siot ramai ak mampos

  3. RIS-FAMILI pada 13 Jan 2012

    Bilangan daftar mungkin banyak, tapi yg aktif mungkin separuh je.

  4. Omar pada 13 Jan 2012

    Maunya tak ramai, ada yang jadi tukang faker profile lain,

  5. Picco pada 13 Jan 2012

    kalau sorang boleh create lebih dari satu account utk jadi stalker, utk mengorat org len, utk jual barang, utk mcm2… ape yg nak di heran…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader