10Jan

Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

e-Permainan, Web 2.0

Bosan dengan permainan yang agak tidak menarik pada Facebook? Kini nampaknya pihak Facebook terus menambah permainan baru pada platform mereka, dimana terkini ia dlihat beberapa permainan bercorak pendidikan seperti catur dan sebagainya ditambah pada Facebook, sekaligus membolehkan para pengguna bersaing antara satu sama lain dengan mudah, terus pada platform tersebut.

Ia tidak diketahui sejak bilakah permainan berbentuk sebegini diperkenalkan dengan sokongan untuk mencabar rakan-rakan anda yang lain. Sebelum ini, untuk berbuat demikian, kami biasanya menggunakan platform seperti Yahoo! Messenger dan sebagainya, yang agak berat, dan tidak stabil. Namun dengan pengenalan pada Facebook, semestinya ia memberikan impak yang besar.

Jadi, kini selain daripada menghabiskan masa dengan mengendap rakan-rakan anda yang lain, mungkin anda juga boleh mencabar rakan-rakan anda dalam permainan seperti catur, dan lihat siapa yang lebih hebat.

Terima kasih Hafaisy.


Koleksi Tema InfoMalaya Kini di Google Code
AOL Mengambil-Alih Laman Profail About.me
Joomla 1.7 Dilancarkan Secara Rasmi Dan Sedia Untuk Digunakan
Beli.la Membawakan Konsep Baru Dalam Dunia Jual-Beli Atas Talian
Pinspire Membawakan Fungsi Seumpama Pinterest Kepada Pengguna Malaysia

10 Komen

  1. paeh pada 10 Jan 2012

    kena status online laa kan nak start main kan…? a\

  2. Zyand Ashand pada 10 Jan 2012

    best la mcm ni..dh la facebook h semakin boing dh skrg ni…

  3. Raisha pada 10 Jan 2012

    selalu juga main game chess dekat Facebook. Best

  4. ezry pada 10 Jan 2012

    yeeaahhh….!!!!

  5. DrexarN9 pada 10 Jan 2012

    Haha perenggan terakhir tak boleh blah ayat dia, mengendap rakan2 :) Anyway bagus juga ada chess ni, boleh membuatkan kita banyak berfikir :)

  6. Jyundoo pada 10 Jan 2012

    makin lama la org lepak kt fb hari2

  7. beliamuda pada 10 Jan 2012

    Nice jugak kalau dapat main catur dengan kawan2 ni.

  8. Syukri Lajin pada 10 Jan 2012

    takdek link keh?

  9. topo pada 11 Jan 2012

    err dulu aku siap boleh main uno lagi kat fb..

  10. Md Saiful Anuar pada 11 Jan 2012

    rsnye nie kena install dlu bru leh main… bkan direct integration kt FB…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader