09Jan

Facebook Kini Membolehkan Para Pengguna Menjana Facebook Credits Dengan Mudah

Web 2.0

Facebook Credits merupakan salah satu fungsi yang masih lagi tidak begitu popular dikalangan pengguna Facebook memandangkan keperluan ianya untuk mengeluarkan duit dan tidak sesuai dengan golongan remaja yang tidak mempunyai kad kredit dan sebagainya. Untuk mengatasinya, hari ini Facebook memperkenalkan sesuatu yang baru untuk para pembangun aplikasi.

Hari ini, Facebook memperkenalkan sokongan yang dinamakan In-App Currency Offers, membolehkan para pengguna untuk menyelesaikan beberapa tawaran dalam bentuk iklan yang disediakan, sekaligus mendapatkan Facebook Credits untuk digunakan pada aplikasi mahupun pada permainan di Facebook.

Melalui perkara ini, ia menguntungkan kesemua pihak, daripada pengguna, pembangun aplikasi sehinggalah kepada pihak pengiklan dan juga Facebook sendiri.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ketika pengenalannya kini, ia lebih memfokuskan kepada tawaran-tawaran yang dikhaskan untuk para pengguna di Amerika Syarikat. Namun, dengan para pengguna tempatan dan pengiklan tempatan yang amat ramai, tidak mustahil ia turut sama diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.


Wolfram Alpha - Enjin Carian Matematik dan Sains
Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger
Friendster Games Mula Di Uji
MyFriends2U Memperkenalkan Laman Marketplace
Laman Perkongsian MediaFire Akan Kekal Beroperasi Seperti Biasa

7 Komen

  1. s pada 09 Jan 2012

    Terbaek lah FB. Pas ni org eran kat FB plak.. hehehe~

  2. wazy pada 09 Jan 2012

    Bagus la ni,senang nak kumpul earning kat facebook

  3. Mohd Isa pada 09 Jan 2012

    boleh cash out ke? hehe

  4. amoi pada 09 Jan 2012

    wahhhh!

  5. zerous pada 09 Jan 2012

    macam puntchtab rewards baru bes, boleh claim cashout..hahaha..

  6. yas pada 10 Jan 2012

    hmmm…tak bape jelas gak…mmg bole cash out la nih???

  7. Mazrie pada 10 Jan 2012

    makin hari makin canggih fb nie…macam2 ada


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader