Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan beberapa perubahan pada Facebook, salah satu perkara yang tidak digemari oleh para pengguna adalah sokongan Facebook Ticker, yang mana dikemaskini dalam bentuk masa-nyata pada halaman utama laman Facebook. Untuk mengatasi perkara tersebut, kini Facebook memperkenalkan pilihan untuk menyembunyikannya.
Bagi mereka yang tidak berminat untuk mengikuti rakan-rakan mereka di Facebook, anda boleh menyembunyikan Ticker dengan klik pada pilihan Hide Ticker pada penjuru kanannya, dan ia akan disembunyikan. Untuk mengembalikannya, hanya perlu klik pada penjuru yang serupa, dan ianya akan memperlihatkan Facebook Ticker tersebut kembali.
Dengan sokongan Read, Listen dan sebagainya yang diperkenalkan pada laman Facebook melalui pengenalan Facebook Timeline, Ticker memainkan salah satu peranan penting. Malah, melalui kemaskini terbaru ini juga, Facebook mengintegrasikan sokongan butang-butang tersebut terus ke dalam Facebook Ticker tersebut.
Terima kasih Faiz Rahman.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tapi org masih bleh tahu aktiviti kite kan?
benda ni ada kat aku kejap je tadi. elok refresh je hilang.. =_=
rupanya butang ni akan show bila resolution jadi kecik, maybe just untuk jimatkan ruang.
bila resolution jadi besar butang tu tak wujud.
wah bangga kejap nama kena mention.
tahniah.
yahoooooooooooo
alamak silap paham ni. Org lain boleh jgk tau aktiviti kite
Tak paham ticker ni..
Apa benda ticker nie?
kadang2 best gak ticker ni
kadang2 jer….
Kalau orang add kita sebagai close friend, semua aktiviti kita dia boleh tau