19Jan

Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline

Web 2.0

Facebook Timeline telah pun dilancarkan pada tahun lepas, dan kini secara rasminya Facebook telah pun memulakan sokongan pelbagai jenis aplikasi baru berasaskan Open Graph untuk digunakan bersama-sama dengan profil Facebook anda. Untuk permulaan, lebih daripada 60 aplikasi diperkenalkan oleh Facebook hasil kerjasama bersama dengan perkhidmatan web yang lain.

Melalui sokongan baru ini, ia membolehkan para pengguna menambah pelbagai jenis aktiviti, daripada pelbagai perkhidmatan lain, seperti FourSquare, FoodSpotting dan sebagainya, terus ke laman profil Timeline anda.

Untuk makluman, melalui sokongan Open Graph baru ini, anda tidak lagi perlu menambahnya secara sendiri pada Facebook, sebaliknya akan berfungsi secara automatik. Sebaik sahaja anda membuat sesuatu perkara, seperti mendengar lagu, menonton video atau membaca sesuatu, ia akan terus dipaparkan pada laman Facebook. Sebagai contoh, sebelum ini, aplikasi integrasi Yahoo! membolehkan pelbagai artikel yang dibaca oleh anda, terus dipaparkan pada laman tersebut.

Pada masa yang sama, Facebook juga turut melaporkan mereka akan mula mengesahkan pelbagai aplikasi dari para pembangun, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak laman tempatan menggunakannya dalam masa terdekat nanti.

Sekiranya anda merupakan pengguna Facebook Timeline, maka anda boleh mula menambah aplikasi pada profil anda bermula hari ini, ataupun bagi yang belum, mungkin anda boleh aktifkan Timeline anda serta-merta.


Facebook Mengambil-Alih Snaptu
TweetDeck Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasaskan Web
MySpace Akan Dijual Kepada Specific Media Pada Harga $35 Juta
Rekabentuk Lama Twitter Dimatikan - #newtwitter Kini Untuk Semua
Jadikan Blog Menarik dan Sosial dengan Facebook Open Graph

8 Komen

  1. sejati pada 19 Jan 2012

    timeline sesak…

  2. syaz pada 19 Jan 2012

    “Sebaik sahaja anda membuat sesuatu perkara, seperti mendengar lagu, menonton video atau membaca sesuatu, ia akan terus dipaparkan pada laman Facebook.”

    Makin merepek, ada ke orang yg nak buat camni? God..get a life lah..

  3. Wan Perlis pada 19 Jan 2012

    aku taksuka timeline
    serabut

  4. nur pada 19 Jan 2012

    haha aperdaa, semua nk makin terdedah. hilang sikit privacy.. anyway itulah laman sosial. semua nk org tahu. kalau tak tahu jgn buat yer tak.

  5. osem.my pada 19 Jan 2012

    yela..td ada tgk short film “what facebook knows about you”. n its very scared. wherever you are, whatever you do, they still can say ‘hello’..

  6. nabel pada 20 Jan 2012

    Woah ! tak pernah tahu timeline ada wujud benda macam ni. nice :D

  7. Izzuddin Jr. pada 20 Jan 2012

    semua aktiviti akan dipaparkan ,
    hilang ‘privacy’nye . . .

  8. abdulthepemes pada 23 Jan 2012

    God, save me pelis !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader