24Jan

Facebook Timeline Akan Diaktifkan Untuk Semua Dalam Beberapa Minggu Lagi

Web 2.0

Setelah memperkenalkan antaramuka profil baru, dinamakan sebagai Facebook Timeline sebelum ini, kini Facebook telah pun mengumumkan melalui blog mereka, dimana ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dan diaktifkan secara automatik dalam masa beberapa minggu lagi, sekaligus mematikan rekabentuk profil Facebook yang lama.

Namun, sama seperti biasa, para pengguna yang diaktifkan, akan diberikan tempoh selama 7 hari sebelum Timeline tersebut diperlihatkan kepada semua rakan-rakan mereka yang lain, membolehkan mereka mengubah dan memadam sebarang perkara yang tidak diingini.

Melalui Facebook Timeline diperkenalkan kepada semua, ianya sekaligus memberikan peluang untuk lebih ramai memfokuskan kepada pembangunan aplikasi OpenGraph, serta pada masa yang sama, menjadikan Facebook lebih menarik lagi, dan mencatatkan segala aktiviti anda di web-web luar, seperti mendengar lagu, menonton video, membaca artikel dan sebagainya.

Bagi mereka yang inginkan antaramuka Facebook Timeline serta-merta, anda boleh ke laman rasmi Timeline, dan aktifkannya hari ini.


Facebook Memperkenalkan Friendship Page
Google Dan Facebook Inginkan Skype?
JomSocial Memenangi Anugerah CMSA Untuk 2 Tahun Berturut-Turut
Twitter Mulakan Usaha Untuk Menarik Lebih Ramai Pengguna
Data Nokia Maps Kini Diintegrasikan Pada Bing Maps

15 Komen

  1. shahroll photo pada 24 Jan 2012

    Timeline tak best!!!!

    • Buzz! pada 25 Jan 2012

      sayang tak le lari.. guna addon boleh je, tapi khas untuk diri sendiri la.

    • Adib pada 25 Jan 2012

      move. on. and. get. over. it.

  2. syuk606 pada 25 Jan 2012

    tak suke time line.. -___-

  3. Sutramaya pada 25 Jan 2012

    I LOVE TIMELINE!

  4. buyat pada 25 Jan 2012

    main twitter plak r

  5. Ahmad Fuad Adzmi pada 25 Jan 2012

    abisla,, kantoi segala aktiviti yang lalu

  6. bisyairi pada 25 Jan 2012

    jom semua ke google+.. baru best rmai kawan.. :D

  7. Fikri Adhiey pada 25 Jan 2012

    bangang.. aku x suka timeline!

  8. shahrul pada 25 Jan 2012

    :(

  9. Fakhruddin pada 25 Jan 2012

    nak muntah ngn FB timeline…

  10. Masri Amin pada 25 Jan 2012

    haha…ramai da yg protes pasal timeline..katanya xbest…ni lak nak auto kan timeline..lagi la ramai yg protes

  11. Fi5daus pada 25 Jan 2012

    hehehe..same cam FB baru gak dulu kan, memule org x ske, pastu da mula sesuaikan diri dan senyap…aq rse tak salah utk korang try Timeline..utk kemajuan gak..

  12. MuJE pada 25 Jan 2012

    dem malasnya nak dilit barang-barang lama

  13. IzhamHasan pada 26 Jan 2012

    takda isu nak taknak dengan perubahan fb ni.. diorang still akan tukar jugak..mcm yg lepas lepas..terima jela


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader