Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, dunia perkongsian fail akan berubah dalam minggu-minggu akan datang. Selepas MegaUpload dikenakan tindakan dan ditutup serta-merta, kini Filesonic mengambil langkah berjaga-jaga dimana telah mengubah konsep laman mereka, daripada laman perkongsian fail, kepada laman storan fail peribadi sahaja.

Melalui laman utama FileSonic, mereka hanya memaparkan mesej, mengatakan kesemua fungsi perkongsian telah dimatikan, dan perkhidmatan mereka hanya boleh digunakan untuk memuat-naik dan mendapatkan fail-fail yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna sahaja.
Ini sekaligus menjadikannya sebagai laman storan berasaskan awan, membolehkan anda membuat salinan fail untuk diakses melalui sebarang komputer, seperti Dropbox dan Box.net.
Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan mengikut jejak seperti FileSonic selepas ini?
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Habisla sape yang dah beli fulltime
Rugi2
jgnlah merebak ke file sharing laen plak..
lepas ni mediafire kot… OMG !
jgn MF suda, file aq byk kat dlm kowt.. :’(
aku baru je renew premium account. nasib baik sebulan je T__T
Dalam storan fail peribadi, dropbox lebih baik.
Hurrmm… Pasni dah x ada la benda alah nieh.. Semua kena pakai ori suda..
sekaligus membantu company software tu tingkatkan kualiti produk ke aras yang lebih tinggi lagi
dengar cita pasni 4shared ngan mediafire plak.. huhu
sangat menyedihkan..
mediafire dah delete file2 berhakcipta sedikit demi sedikit. nampak gaya lepas ni xde la sharing is caring.
dunia intrnet semakin bosan tnpa konsep fail perkongsian
Nampaknya zaman kegemilangan dunia sharing di internet telah menghampiri kejatuhannya… Dunia internet akan kembali ke zaman dulu kelam dan membosankan.
Nak apa2 software kena pg kedai topek beli…
bapak lah,cam haram je sapa yang buat akta SOPA ngan PIPA nie.kan dah jadik cam nie…
fffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
lepas ni kna guna torrent blk la nmpknya…
torrent pon torrent lah… apa bley bwat?
anonymous pon xbley bwat apa2 lg dh…
Fileserve ( Keep banning user + close affiliates) , FileJungle ( just close affiliates)
dafak us gov
Let’s Move to eMule , Usenet , and private torrent
Memang berjaya betul SOPA ni kan..
file sharing dah takut.. dan takdelah nak download anime lagi..
ruginya premium acc aku yg valid setahun lagi huhu, apalah dorang ni .. terminate truslh internet lps ni, dah takde makna rasanya smua mahu disekat !
Tengok la macam mana perkembangan dunia perkongsian fail dalam masa beberapa minggu akan datang ni…
pengguna tegar torrent mesti senyum2 je. apa kelas main bayar2 ni hahahaha. torrent la konsep sebenar sharing is caring. file sharing ni cuma hidup atas duit premium account downloader je.
sesetengah mmg minat torrent,emule,usenet .. tetapi ada yg lebih berminat pd filehost untuk mendapatkan duit hasil daripada file yg didownload menggunakan system affiliates.. dalam masa uploader juga dapat mendownload sambil mendapat duit ..
torrent klau line universiti or office dia block, tu sbb rmai masih prefer ddl.