28Jan

Fujifilm X-S1 Dengan Sokongan Zoom Optikal Sehingga 26x Di Malaysia Pada Harga RM2988

Gajet

Pada tahun lepas, Fujifilm telah pun melancarkan kamera siri-X terbaru mereka, iaitu Fujifilm X-S1, dan kini nampaknya kamera tersebut telah pun mula didapati di pasaran tempatan pada harga sekitar RM2988. Melalui Fujifilm X-S1, ia membawakan beberapa perkara menariknya, menjadikan dunia fotografi lebih menarik lagi.

Antaranya termasuklah 12-megapixel EXR CMOS Sensor padanya, dengan keupayaan zoom secara manual sehingga 26x serta rakaman 10fps. Ia juga membawakan skrin paparan sebesar 3-inci yang boleh diselaraskan. Sama seperti beberapa kamera terkini, ia turut membawakan sokongan rakaman HD penuh, dengan sokongan penstabilan rakaman imej optikal.

Tambahan, ia turut membawakan sokongan makro 1cm, serta membolehkan anda menghubungkannya melalui sokongan USB 2.0 dan juga HDMI.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2988 daripada pengedar kamera Fujifilm seluruh negara.


Xperia Mini Dan Xperia Mini Pro Di Malaysia Bulan Ini
(Ura-Ura) Spesifikasi Awal Galaxy Nexus Mula Diperlihatkan
Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan
Pembangun Tempatan Memperlihatkan Sokongan Kawalan Perkakasan Elektrik Menggunakan Suara
Nokia Lumia 610 Di Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

9 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 28 Jan 2012

    fixed lens ke ni???

    • ramlan pada 29 Jan 2012

      fixed? no. it is a zoom lens.

      interchangeable. no. the lens attached to the body.

      sekali pandang macam dslr. tapi bukan. market untuk camera ni amat niche. hanya untuk orang bodoh dan kaki skodeng.

    • Muhd Nur pada 29 Jan 2012

      xberbaloi…

  2. zul pada 28 Jan 2012

    mana best antara canon ngan yg ni???

    • ibnumalik pada 29 Jan 2012

      of course canon. lens pun xboleh change yang ni.

  3. syafiq_lomotech pada 29 Jan 2012

    1. kenapa masuk dalam X series? buat busuk je. X series yang tiga tu punya la syiok.
    2. X-S1 = X series for the Stupid One? Entah.

    • Faizal Bahruddin pada 29 Jan 2012

      +1

  4. Masri Amin pada 29 Jan 2012

    cam xbrape je nie

  5. rajaunta pada 29 Jan 2012

    Perang Kamera pulak..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader