Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Samsung, kini diperkatakan berkemungkinan tidak akan memperkenalkan peranti utama mereka, Samsung Galaxy S3 pada acara Mobile World Congress yang bakal diadakan pada penghujung Februari kelak. Namun sebagai ganti, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan beberapa peranti lain sebagai ganti pada acara tersebut.
Namun, seperti biasa, perkara ini masih pada peringkat ura-ura awal, tanpa sebarang komen daripada pihak Samsung. Menurut laporan yang dikeluarkan, ia diperkatakan Samsung akan melancarkan peranti Android 4.0 lain sebagai ganti pada acara tersebut. Beberapa spekulasi juga mengatakan Samsung bakal memperlihatkan peranti Windows Phone pada acara tersebut.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, mungkin seminggu atau dua sebelum acara tersebut, kita akan dapat lihat video promosi daripada pihak Samsung, yang akan memberikan idea awal untuk apa yang bakal dilancarkan oleh mereka pada acara Mobile World Congress kelak.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Samsung Galaxy S3 VS iPhone 5
- mungkin samsung nak peram dulu smpy iPhone 5 keluar .
- baru boleh tengok persaingannye nnt .
may be.. harap2 UI gempak dan smooth mcm apple.. huhu
Tak banyak yang boleh diubah kalau lewatkan cuma 2-3 bulan.
Pembangunan SoC saja makan masa 2 tahun, paling cepat. Dan tu belum kira integration dengan hardware lain, serta design lagi. Dan kalau sesebuah company tu lebih ke arah design-centric (e.g: Apple), design comes first, maka ia memanjangkan lagi masa untuk hardware dan menentukan proses yang digunakan dalam pengilangan. Tu belum kira supplier lagi.
Biasanya kalau dia nak delay pun tu sebab dia dah sedia ada mempunyai design alternatif, macam kes revisi Galaxy Tab 10.1v kepada Tab 10.1. Tapi ia agak rare untuk berlaku memandangkan ia akan masa yang banyak untuk buat alternate version bagi setiap produk, lebih2 lagi dalam keadaan Samsung baru je tahun lepas keluarkan model alternate untuk Tab 10.1v dan Tab 7.
perghhh samsung . samsung dala ssh nk jatuh market :3
Amanz kerap sangat update Mobile Tech dan apps je. Dah bosan la/
Komputer2 teknologi xde ke? LGA2011 dah keluar, Cosmos II xde citer ke? Ivy Bridge ke? ape2 hardware selain mobile. Audio Technica headset ke? hehe
http://www.youtube.com/watch?v=R-Kz12Ijanw
Sorry terhijack post. Samsung S3 awesome.
Memang strategi nak jatuhkan Apple huhuhu
keluar kan esok tk leh ker nk li ni,….