08Jan

Gambar Awal Tablet OLPC XO-3 Mula Kelihatan

Gajet

Salah satu projek yang tidak lama kedengaran adalah projek One Laptop Per Child. Salah satu produk daripada mereka, tablet XO-3 kini disasarkan untuk pelancaran pada CES 2012, dan kini beberapa gambar awal tablet tersebut sudah pun mula kelihatan. Melalui gambaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan tablet ini membawakan beberapa slot asas dan juga sedikit tebal berbanding tablet-tablet di pasaran.

Buat masa ini, spesifikasi penuh masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Apa yang dapat dilihat adalah dimana ia turut sama menyertakan slot USB, berkemungkinan menyokong penghantaran dan perpindahan fail melaluinya, selain bersaiz lebih kurang 8-inci. Kamera hadapan juga seperti terdapat padanya, membolehkan panggilan video dan sebagainya dibuat.

Mungkin kita akan dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan peranti ini dalam beberapa hari sahaja lagi.


Xperia Mini Dan Xperia Mini Pro Dilancarkan Di Malaysia
(Video) Pandang Pertama Peranti 3D Daripada LG - Optimus 3D
Corning Memperkenalkan Gorilla Glass 2 - Lebih Kuat Dan Ringan
Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab 2 (10.1) Dengan Ice Cream Sandwich
Nokia Bakal Memperkenalkan Aplikasi Kamera Baru Dan Pengawal Data Untuk Lumia?

11 Komen

  1. ali mamak pada 08 Jan 2012

    semat la.. brape harga agaknye nanti

  2. Haziq pada 08 Jan 2012

    cool.

  3. DrexarN9 pada 08 Jan 2012

    Macam pelik je tablet ni. Teringin nak tgk lebih lanjut nnt :D

  4. azwan11 pada 08 Jan 2012

    woah. Dulu budak budak guna computer yg ajar mengeja tu je. -.-

  5. Mashi pada 08 Jan 2012

    Design cool la

  6. Nisa pada 08 Jan 2012

    Untuk child je..hehe

  7. DrexarN9 pada 08 Jan 2012

    Oooo baru perasan. Untuk budak-budak :D

  8. Ahmad Fuad Adzmi pada 08 Jan 2012

    tebal lagi buruk

  9. RAJAUNTA pada 08 Jan 2012

    Mak ai..
    besor nye..

  10. Omar pada 08 Jan 2012

    One-Laptop Per Child, program ni kat afrika rasanya kot~

  11. Syukri Lajin pada 08 Jan 2012

    aku dah abih skola 2 tahun.. kalau kerajaan nak bagi ipad sebijik sorang, aku sanggop masok form 1 balik.. bila nak bagi?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader