04Jan

Gingerbread Kini Meliputi Lebih 55% Peranti – Ice Cream Sandwich 0.6% Peranti

Google

Salah satu data yang sering dikeluarkan oleh pihak Google dalam membantu para pembangun aplikasi Android adalah kadar penggunaan Android mengikut versi, memudahkan pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka. Dan menariknya, melalui data terbaru yang dikeluarkan, ia memperlihatkan kini Ice Cream Sandwich digunakan pada lebih 0.6% peranti Android seluruh dunia.

Selain daripada itu, peranti dengan Android Gingerbread juga dilihat terus meningkat, dengan meliputi lebih daripada 55% peranti dipasaran. Tablet Android, yang mana menggunakan Honeycomb juga berkembang, dengan bertambah menjadi 3.3% secara keseluruhannya.

Versi Android lama, iaitu Android 2.2 Froyo, Android 2.1 Eclair dan yang lain-lain terus memperlihatkan kadar penurunan, memperlihatkan pengguna peranti lama telah beralih ke peranti baru, ataupun telah mengemaskini peranti mereka menggunakan perisian yang baru padanya.


Google Memperlihatkan Waktu Solat Pada Keputusan Carian
Google, Yahoo! Dan Amazon Membida Untuk Pembelian Hulu
Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan
Google Correlate Kini Turut Membawakan Sokongan Untuk Malaysia
Google Bakal Melancarkan Platform Komen Mereka Tersendiri?

5 Komen

  1. lontong pada 04 Jan 2012

    aku masih dgn froyo

  2. Hisham pada 04 Jan 2012

    mcamana nak upgrade?kena pergi kedai hset ke?

    • Aman pada 05 Jan 2012

      Tak. Dari telefon Android hang, gi kat Settings > About Phone > Update

      • Hisham pada 05 Jan 2012

        ok aman..tnx!!

  3. Taufik Mansor pada 05 Jan 2012

    gua guna android 2.3.6 :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader