05Jan

Google Bakal Memperkenalkan Tablet 7-inci Menjelang April?

Gajet, Google

Dengan dunia yang memfokuskan kepada tablet, kini ura-ura baru kedengaran, memperkatakan yang mana Google sedang membangunkan tablet Nexus mereka tersendiri (mungkin dengan bekerjasama bersama pengeluar lain) yang bersaiz 7-inci. Ia juga disasarkan untuk berharga murah, lebih kurang sama seperti Kindle Fire yang dijual di Malaysia sekitar RM850.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan tidak diketahui sepenuhnya. Sebelum ini, Google memperkenalkan Android Honeycomb bersama-sama dengan Motorola melalui tablet Xoom, dan mungkinkah tablet ini turut diperkenalkan bersama Motorola juga, tambahan lagi kini Motorola Mobility dalam proses pengambil-alihan oleh Google.

Ia turut diura-ura akan yang mana tablet ini akan sedia menjelang bulan April kelak. Seperti biasa, Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.


Google Bakal Memperkenalkan Google Guru?
Google Mengambil-Alih BlindType
Huawei MediaPad Di Malaysia Pada Pertengahan Oktober Ini
Chrome Beta Membawakan Sokongan Untuk Sync Halaman Tab Yang Aktif
Intel Bakal Melancarkan Ivy Bridge Seawal 23 April Ini?

12 Komen

  1. faeez faster pada 05 Jan 2012

    Mane nak dapat kindle fire ek kat malaysia ni?

    • Aman pada 05 Jan 2012

      Boleh try rujuk web nie : http://kindlemalaysia.com/ Tapi aku tak pernah cuba lagi. Hehe.

    • anazhd pada 05 Jan 2012

      kindle not worth it. better amek tab android lain.

      • Jwan pada 05 Jan 2012

        Ohh sbb ape eh? :O

        • anazhd pada 05 Jan 2012

          1. no camera
          2. no 3g connection
          3. rooting is definitely tak sesuai, banyak sebab knape :
          - tak silap aku, amazon boleh tau KF tu pernah kene root or not
          - once rooted, warranty broken. standard lah tu. boleh unroot, tapi mcm aku ckp kat atas tu, maybe Amazon boleh tau.
          4. for web browsing, game experience , music and video, tak sepuas galaxy tab or ipad. jauh sangat bezanye.

          harga memang murah, memang sesuai dengan function yang ada dekat KF tu. just some ayam-ayam function.

        • anazhd pada 05 Jan 2012

          oh, apps pun ade yang boleh install, ade yang tak, sebab memang KF punye rom agak strict.

  2. Hisham pada 05 Jan 2012

    Apa kelebihan kindle ni berbanding tablet?kan tablet boleh bc ebook gak

    • anazhd pada 05 Jan 2012

      kindle kelebihan die, size yang sesuai untuk ebooking je. ebook dari amazon store sahaja.

      perlulah kita ingat, asas sesebuah device bukan berdasarkan capability device tu boleh root/jailbreak, tapi berdasarkan spesifikasi dan kemampuan kita untuk beli device dan beli apps dekat store secara legit.

      • Hisham pada 05 Jan 2012

        Android wins! :-)

        • Najib pada 05 Jan 2012

          Kindle Fire ni android gak.. cuma banyak kekurangan berbanding tablet biasa, sesuai dengan harganya yang agak murah, untuk menjadi e-book reader sahaja..

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 05 Jan 2012

    kecik la 7inch,, nak kasi anak2 main,, adoi

  4. denz pada 06 Jan 2012

    +-RM850?best2..ni memang angkat terus kalau keluar..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader