13Jan

Google Bar Hitam Kembali Semula Kepada Beberapa Pengguna

Google

Salah satu perubahan yang tidak disukai pada Google oleh kebanyakkan pengguna adalah Google Bar, yang mana mengintegrasikan Google+ secara tidak langsung, dan juga memfokuskan kepada carian terus pada pelbagai perkhidmatan Google. Dan kini tidak diketahui mengapa, Google Bar kini kembali kepada rekabentuk hitam yang lama.

Buat masa ini, tidak diketahui samada ianya hanya untuk sementara sahaja, ataupun adakah Google tidak ingin memperkenalkan Google Bar yang baru itu lagi. Sebelum ini, ia turut juga dilihat baru-baru ini, diintegrasikan pada YouTube dan sebagainya.

Bagi para pengguna yang sedia menggunakan Google Bar baru, apabila anda log keluar akaun, dan log masuk kembali, anda akan mula melihat Google Bar berwarna hitam seperti sebelum-sebelum ini.


Proses Melabel Emel Di GMail Kini Lebih Mudah
Google Menguji Topik Hangat Pada Google News
Muat-Turun Fail Dari GMail Kini Lebih Mudah
Simpan Lebih Daripada 25,000 Senarai Hubungan Pada GMail
Google Maps Kini Turut Memperlihatkan Maklumat Cuaca

8 Komen

  1. EddyGeek pada 13 Jan 2012

    dari dulu sampai sekarang asyik bar hitam je, tak pernah dapat bar baru…

  2. Lia Nadia Qistina pada 13 Jan 2012

    itu bar horizontal Google yang akan dipaparkan kalau pakai browser Google Chrome, cuba pakai Mozilla Firefox 9, baru hitam Google tu akan berdiri secara menegak (vertical).

    • faridpenang pada 13 Jan 2012

      sama ja bar tuh, melintang gak guna firefox

    • Luxuryhost pada 13 Jan 2012

      Random kot. Kat office pakai firefox bar hitam. Kat rumah pakai chrome dapat bar baru tue

  3. anazhd pada 13 Jan 2012

    aku terkene bende ni -.- . dulu dah elok2 bar baru. pastu die kembali ke bar lama.

  4. Omar pada 13 Jan 2012

    Reset IE terus tegak bar tu..

  5. Viz pada 13 Jan 2012

    Tak pernah tukar pun. Bar hitam tu tetap ada.

  6. Fikri Adhiey pada 13 Jan 2012

    google pening…. lol


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader