04Jan

Google Correlate Kini Turut Membawakan Sokongan Untuk Malaysia

Google

Salah satu aplikasi menarik daripada pihak Google adalah Google Correlate yang mana sebelum ini diperkenalkan pada Google Labs. Namun, kini dengan pengumuman penutupan Google Labs, pihak Google mengalihkan Google Correlate dibawah Google Trends, sekaligus pada masa yang sama, hari ini melancarkannya kepada lebih 49 negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagi yang tidak ketahui akan aplikasi Google Correlate, ia membolehkan para pengguna dan juga mereka yang gemar mencari pelbagai data, untuk membandingkan data antara carian web dan pelbagai data lain. Ia juga sekaligus membolehkan seseorang mengetahui bagaimana carian web dan data lain bergantung, adakah secara langsung, selari dan sebagainya.

Jadi bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mula menggunakan Google Correlate hari ini dalam mendapatkan pelbagai data mengenai pengguna tempatan dan pengguna global yang lain.


Google Chrome 0.3.154.9 Menyelesaikan Masalah Sekuriti
Google Memperlihatkan Doodle Dalam Bentuk Video
Honeycomb Memerlukan Dual-Core Dan Skrin Besar?
Google Mula Memperkenalkan Antaramuka Dashboard Blogger Yang Baru
Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web

2 Komen

  1. hanafi bhari pada 04 Jan 2012

    wahh bagus laa !

    • Nama (diperlukan ) pada 04 Jan 2012

      bagus? nerd!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader