27Jan

Google Kini Membolehkan Pengguna Berumur 13 Tahun Dan Ke Atas Menyertai Google+

Google

Jikalau sebelum ini, Google hanya membuka perkhidmatan laman sosial mereka untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja, bermula daripada hari ini, perkara ini telah diubah, dimana Google kini membolehkan mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut, sama seperti Facebook dan beberapa laman sosial yang lain.

Pada masa yang sama, Google+ juga mengutamakan privasi, dimana sekiranya pengguna mula berkongsi sesuatu secara terbuka, mereka akan mendapat amaran terlebih dahulu, berkenaan siapa yang akan melihat dan sebagainya, berbeza dengan perkhidmatan sosial lain yang tidak memberikan amaran dan sebagainya.

Dan untuk para pengguna muda juga, sekiranya ketika mereka menggunakan fungsi Hangout, dan seseorang yang bukan dalam rangkaian kawan mereka menyertai Hangout, pengguna muda tersebut serta-merta dikeluarkan, supaya mereka tidak terdedah kepada perkara yang negatif dan sebagainya.

Jadi, adakah Google+ akan memenangi hati ibu bapa, dan menjadikan ianya salah satu laman sosial yang selamat untuk pengguna muda, disamping menyediakan pelbagai fungsi menarik dan interaktif melaluinya?


Google Umumkan Carian Sosial Bersama Twitter
Google Menutup Fungsi Auto-Follow Pada Buzz
Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga
Google Music Akan Menyokong Storan Lebih 20000 Buah Lagu?
Aplikasi Photovine Mula Kelihatan Pada AppStore

4 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 27 Jan 2012

    hahaha…

  2. Drexa21 pada 27 Jan 2012

    Picture tak boleh bla hahaha

  3. Azmir pada 28 Jan 2012

    hahaha

  4. AsyrafFile pada 28 Jan 2012

    Yeah…..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader