16Jan

Google Memperkenalkan Sokongan Untuk Log Masuk Menggunakan Kod QR

Google

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, semestinya bilangan akaun pengguna yang digodam turut bertambah, dan gergasi internet seperti Google semestinya menguji pelbagai cara baru untuk memastikan akaun pengguna mereka selamat. Dan salah satu kaedah baru yang diuji oleh Google sekarang adalah log masuk ke akaun melalui penggunaan kod QR.

Melalui fungsi baru ini, para pengguna boleh log masuk ke akaun Google mereka, pada komputer pihak ketiga, seperti di pusat internet, di perpustakaan ataupun komputer rakan-rakan, tanpa perlu menaip kata laluan mereka.

Untuk mengakses akaun Google, anda hanya perlu ke laman Google Accounts (Sesame), dan seterusnya mengimbas kod QR di sana melalui telefon pintar anda. Seterusnya melalui telefon pintar tersebut, para pengguna boleh menaip kata laluan mereka, dan seterusnya memberikan kebenaran untuk pelayar web tersebut mengakses akaun anda.

Untuk menjayakan perkara ini, Google menjana kod QR yang unik, yang mana akan tamat tempohnya dalam hanya beberapa minit sahaja. Sekiranya para pengguna sedikit terlambat, mereka perlu menjana kod QR baru, dan memulakan proses seperti biasa.


Google Apps Keluar Dari Fasa Beta
Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan
Chrome Menghampiri Pegangan Pasaran Sebanyak 10%
Instagram 2.0 Dilancarkan - Membawakan Pelbagai Pembaharuan
Koleksi Idea Gila-Gila Daripada Google Untuk Tahun 2012

11 Komen

  1. Salazryl pada 16 Jan 2012

    Aku suka teknologi-teknologi yang disediakan oleh Google. Seperti Google Earth, Google Goggles, Animasi interaktif pada halaman utama, Google instant search, google image search, Google Translate, Google Books, Google Chrome dan macam-macam lagi. Yahoo dan Bing hanyalah tinggal kenangan XD.

    • Arrul pada 16 Jan 2012

      Google memang best!!

    • Azan Hussin pada 17 Jan 2012

      Saya setuju google membangunkan teknologi untuk kegunaan orang ramai dan tidak fokus kepada golongan tertentu.

  2. Alan pada 16 Jan 2012

    Beruntung bila jadi pegguna gmail
    :D

  3. RIS-FAMILI pada 16 Jan 2012

    Setakat ni masih tak tahu nak guna software apa utk baca QR Code. Ada sesapa boleh bantu?

    • Gagger pada 16 Jan 2012

      Android boleh lah download QR Droid.
      Market-https://market.android.com/details?id=la.droid.qr&feature=search_result

    • MakLaN pada 17 Jan 2012

      Boleh cuba QuickMark.Windows boleh, smartphones boleh, Google Chrome pun boleh.

    • amer pada 17 Jan 2012

      neo reader terbaek bro

  4. fiqueobiey pada 17 Jan 2012

    ada jer idea best dari google..

  5. lanz pada 17 Jan 2012

    google terbaik der !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader