25Jan

Google Mengemaskini Polisi Privasi – Menjadikannya Serasi Pada Semua Perkhidmatan

Google

Jikalau sebelum ini, setiap perkhidmatan Google mempunyai polisi yang berbeza-beza untuk setiap perkhidmatan mereka, kini mereka ingin menjadikannya serasi, dan memfokuskannya kepada satu polisi yang mudah difahami oleh semua. Polisi baru ini akan mula diperkenalkan kepada semua bermula daripada 1 Mac kelak.

Menurut Google, hari ini, mereka mempunyai lebih 70 dokumen polisi berbeza untuk pelbagai produk mereka. Perkara ini mungkin menjadikan pengguna sukar untuk mengikuti setiap satu. Dengan Google yang kini memfokuskan kepada pendaftaran masuk hanya menggunakan akaun Google pada setiap perkhidmatan mereka, menjadikan polisi serasi pada setiap perkhidmatan merupakan salah satu langkah bijak.

Mungkin ini juga merupakan salah satu langkah awal Google sebelum mereka memfokuskan dengan lebih mendalam mengenai laman sosial mereka, Google+.


Google Chrome 0.3.154.9 Menyelesaikan Masalah Sekuriti
Google Mengeluarkan Carta Carian 2010
Blogger Memperkenalkan Tema Mesra Peranti Mudah-Alih Untuk Semua
YouTube Bakal Menyokong Google+ Hangouts Untuk Siaran Langsung
Chrome WebStore Membawakan Sokongan Trending

3 Komen

  1. Syarih pada 25 Jan 2012

    satu perkembangan yang baik dan dinanti-nantikan.

  2. Masri Amin pada 26 Jan 2012

    google lg..

  3. kimmie pada 26 Jan 2012

    macam ni lebih mudah utk pengguna


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader