21Jan

Google Menguji Halaman Pendaftaran Akaun Baru – Fokuskan GMail dan Google+

Google

Google sering menguji pelbagai perkara baru setiap hari, dimana kadang-kala kita tidak perasan akan perubahan yang dibawakan oleh mereka. Dan baru-baru ini, ia kelihatan Google telah pun mula mengaktifkan halaman pendaftaran yang serba baru, dengan memberikan lebih banyak keterangan mengenai beberapa perkara yang disediakan oleh mereka.

Dengan peranti Android yang terjual ratus-ribuan sehari, akaun Google menjadi salah satu perkara popular dikalangan pengguna baru, dan melalui halaman pendaftaran baru mereka, ia kelihatan Google mengaktifkan profil Google+ dan juga GMail secara automatik. Namun, pada masa yang sama, ia turut kelihatan, sekiranya para pengguna mendaftar daripada pautan produk Google seperti Google Docs, Google Groups dan beberapa lagi, perkara ini bukanlah suatu kewajipan.

Mungkin dengan perkara ini, Google dapat terus menarik ramai pengguna baru di arena internet, untuk menggunakan emel dan juga profil laman sosial mereka tersendiri, serta dapat bersaing dengan yang lain lebih mudah.

Sepanjang tahun ini juga, akaun Google+ dijangka meningkat mendadak, dengan angka profil berdaftar kini pada angka 90 juta akaun.


Google Membeli Groupon Pada Harga $2.5 Billion?
Dapatkan Jemputan Google+ Di Amanz Sekarang
Rangkaian Sosial Sepanjang Minggu
Google Science Fair Kini Kembali Untuk Tahun Yang Kedua
Nokia Malaysia Menyediakan Beberapa Promosi Untuk Pembeli Nokia Lumia

9 Komen

  1. bisyairi pada 21 Jan 2012

    nice UI dia.. lagi better dr fb. tp tula.. xramai kawan aku yg join g+ ni.. #sad

    • Salazryl pada 21 Jan 2012

      Bisyairi, add la aku ke circle… Hehe

    • hehe pada 21 Jan 2012

      tak semestinya diorang tak join..
      mcm aku, dah join sejak zaman invitation,
      tapi jarang guna walaupun features dia ada yg lbih hebat dari fb..

      • lanz pada 21 Jan 2012

        betol2 !

  2. Masri Amin pada 21 Jan 2012

    bagus la google nie…slalu nak jadi uptodate je

  3. Haziq pada 21 Jan 2012

    cool…

  4. abdjabbar pada 21 Jan 2012

    Mungkin kita boleh jangka, bahawa setiap pengguna Gmail akan secara terus memilki G+. Dengan itu ramailah rakan dan kenalan kita mempunya G+. Kena fikirkan bagaimana untuk membiasakan dan senantiasa aktif mengguna G+.

  5. Juan pada 21 Jan 2012

    jgn risau, ni dia lambat tp sedang menuju perubahan

  6. luqman hakim pada 22 Jan 2012

    “ratus-ribuan”?? pembetulan tatabahasa..ratusan ribu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader