12Jan

Google Science Fair Kini Kembali Untuk Tahun Yang Kedua

Google

Selain daripada hanya menumpukan pada perkomputeran, Google juga turut sama memfokuskan kepada sebahagian lagi daripada dunia teknologi, iaitu dunia sains, dimana salah satu aktiviti menarik yang diadakan oleh mereka adalah Google Science Fair yang membawa minat Sains kepada para pengguna muda.

Dan setelah berjaya dengan Google Science Fair tahun lepas, kini Google terus membawanya untuk tahun yang kedua, membolehkan semua pengguna seluruh dunia menghantarkan idea mereka yang kreatif, dimana pemenangnya akan memenangi $50,000 secara tunai, dan juga pertolongan dari segi mentor dalam menjayakan projek mereka selama setahun.

Pada tahun lepas sahaja, pelbagai idea baru diutarakan, yang mana membawa kualiti penyertaan kepada tahap yang tinggi, dan semestinya untuk tahun yang kedua ini, penyertaan yang akan dihantar oleh para pelajar seluruh dunia akan lebih menarik dan mencabar lagi.

Jadi, sekiranya anda merupakan pelajar berumur dibawah 18 tahun, dan ingin menyertai serta merealisasikan idea anda, mungkin Google Science Fair merupakan salah satu platform yang sesuai untuk anda.


Chrome 5.0 Sedia Di Uji
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun
Google+ Dianggarkan Mempunyai Lebih 8.8 Juta Pengguna Buat Masa Ini
YouTube Bakal Memperkenalkan Sokongan Paparan Thumbnail Pada Semua Video
Ice Cream Sandwich Kini Pada 2.9% Peranti Android Seluruh Dunia

5 Komen

  1. ali mamak pada 12 Jan 2012

    macam best je..

  2. AMR pada 12 Jan 2012

    terbaik!

  3. Arrul pada 12 Jan 2012

    ternyata aq xmnt science… -,- hahaha

  4. lanz pada 12 Jan 2012

    hrmm

  5. denz pada 12 Jan 2012

    alamak dah tua..tak layak la plak..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader