26Jan

#Tips : Buat Salinan Data Dan Dokumen Anda Di Google Melalui Takeout

Google

Setiap hari, kita menggunakan pelbagai perkhidmatan dan produk Google ketika melayari laman web, termasuk Google Picasa, Google Docs dan banyak lagi. Dan seperti semua sedia maklum, akaun kita mungkin tidak begitu selamat dan boleh diceroboh pada bila-bila masa. Untuk mengatasi perkara ini, adalah membuat salinan dokumen kita secara luar-talian, dan perkara ini boleh dilakukan melalui Google Takeout.

Google Takeout merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan sendiri oleh pihak Google, membolehkan para pengguna memuat-turun pelbagai data-data dan dokumen yang disimpan pada perkhidmatan mereka, untuk tatapn luar talian, serta membolehkan anda membuat salinan dengan mudah.

Melalui Google Takeout, antara perkhidmatan yang disokong termasuklah Google+, Google Contacts, Google Docs, Knol, Picasa Web Albums dan beberapa perkhidmatan lain lagi. Bilangan perkhidmatan mungkin akan ditambah oleh Google dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh memilih untuk memuat-turun semua data ataupun memilih perkhidmatan yang anda inginkan sahaja melalui laman tersebut. Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun data-data dan dokumen anda dari Google dengan mudah pada hari ini melalui Google Takeout.


Blogger Memperkenalkan Fungsi Template Designer
Google Earth Di Integrasikan Pada Google Maps
Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?
Kemaskini Google TV Bakal Diperlihatkan Pada Google I/O?
Ulasan : Aplikasi Chrome Untuk Android Ice Cream Sandwich

5 Komen

  1. RIS-FAMILI pada 26 Jan 2012

    TQ Amanz. Ingatkan tak de perkhidmatan seperti ini di Google.

  2. wazy pada 26 Jan 2012

    Boleh cuba ni,terima kasih untuk info ni

  3. khalid pada 27 Jan 2012

    Tq Amanz…

  4. littlenazo pada 27 Jan 2012

    This is cool. Thanks aman

  5. hezzi pada 29 Jan 2012

    google da makin mnguasai dunia it..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader