20Jan

HezMedia Menawarkan Aplikasi Permainan iOS – Ah Long Attack

e-Permainan

Dunia pembangunan aplikasi di Malaysia semakin berkembang pesat, dimana boleh diperkatakan hampir setiap minggu terdapat sebuah aplikasi baru diperkenalkan, dan dibangunkan. Salah satu syarikat tempatan yang terkenal dalam pembangunan aplikasi bergenrekan permainan adalah HezMedia Interactive.

Sehingga kini, beberapa produk telah dibangunkan oleh pihak HezMedia, dan salah satunya merupakan aplikasi permainan iOS yang dinamakan sebagai Ah Long Attack, yang telah dilancarkan pada sebulan yang lepas.

Melalui permainan tersebut, para pemain dikehendaki membina kubu mereka tersendiri, dan melindungi kampung daripada diserang oleh “Ah Long”. Permainan tersebut turut mengintegrasikan beberapa ciri-ciri Malaysia padanya.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore pada hari ini, dan mula bermain dengannya. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengundi HezMedia yang bertanding dalam NEF-Awani 2011 untuk kategori Best Young Technopreneur.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan.


Les Copaque Menawarkan Lima Salinan Pocket Ipin Kepada Pembaca Amanz
PlayStation 3 Menerima Potongan Harga Di Malaysia Bermula 22 Ogos
Permainan Tempatan - Where's My Chicken Dimuat-Turun lebih 50,000 Kali
Sokongan Fungsi Gang Wars Pada Max Payne 3 Diperlihatkan
Angry Birds Dimuat-Turun Lebih Daripada 1 Billion Kali

6 Komen

  1. Lia Nadia Qistina pada 20 Jan 2012

    Owh, menarik! Thanks for the info. Saya amat berharap permainan ni ada versi tersendiri untuk pengguna Android, lagi best kalau ada versi untuk pengguna Windows!

  2. ali mamak pada 20 Jan 2012

    lagi best kalau ada versi untuk pengguna Windows.. asik ios je

  3. sinach pada 20 Jan 2012

    gaya mcm PvsZ jer..

  4. titan pada 21 Jan 2012

    aisehh..tak dapat main plakk..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader