27Jan

HTC Mula Memberikan Perhatian Kepada Kualiti Dan Bukannya Kuantiti

Gajet

Ketika permulaan naiknya nama Android, salah satu jenama yang mengeluarkan peranti dengan banyaknya adalah HTC, namun seperti semua sedia maklum, akhir-akhir ini, peranti keluaran mereka semakin berkurangan, dan melalui laporan kewangan suku tahun ke-empat yang lepas, apa yang diperlihatkan adalah amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, kini HTC mengubah strategi mereka, dengan menumpukan kepada kualiti penghasilan peranti, berbanding dengan kuantiti seperti sebelumnya.

Untuk makluman, ketika permulaan, keluarga Desire merupakan salah satu keluarga peranti utama untuk Android daripada HTC. Namun, berbanding mengeluarkan kemaskini kepadanya hanya setahun sekali, mereka memenuhkan pasaran dengan pelbagai jenis Desire, termasuk Desire HD, Desire Z, Desire S dan berbagai lagi, sekaligus menjadikan para pengguna takut untuk membeli peranti HTC, memandangkan kemaskini dikeluarkan dengan pantas.

Namun, kini dengan fokus semula kepada kualiti berbanding kuantiti, mungkin HTC akan dapat menarik kembali minat pengguna. Selain daripada Android, HTC juga turut memberikan fokus kepada Windows Phone.


Apple Memperkenalkan iPhone 4
Samsung Mula Memperlihatkan Peranti Akan Datang - Bakal Diperkenalkan 12 Oktober
AMD Mengemaskini Keluarga Kad Grafik - Melancarkan Radeon HD 7950
LG Menyertai Industri Ruangan Storan Awan Melalui LG Cloud
PlayStation Vita Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

16 Komen

  1. Mashi pada 27 Jan 2012

    Bagusla tu,ni banyak sangat.Sampai pengguna naik pening,contohila Apple.

  2. Hisham pada 27 Jan 2012

    or keluarkan 1 jenis produk tp ada versi high dan middle end..cukup,x pyh banyak2

    • Ahmad Fuad Adzmi pada 27 Jan 2012

      macam apple.

  3. Irzan dhom pada 27 Jan 2012

    Contoh terdahulu adalah nokia zaman symbian tengah up. Gile banyak model dekat-dekat dengan obvious features die.hoho

    • Beburung pada 28 Jan 2012

      Tapi time zaman N95, dia punya model high end ada satu je. Time tu dia memang raja.

  4. noob pada 27 Jan 2012

    baru nak sedar ke HTC? lol.

  5. Ahmad Fuad Adzmi pada 27 Jan 2012

    kesian.

  6. wanzs pada 27 Jan 2012

    Betul tu, aku cukup risau nak beli hp android sebab hp always keluar baru tak kira masa. Tak macam apple paling kurang 1 tahun skali. Puas hati.

  7. Fikri Adhiey pada 27 Jan 2012

    go apple go!

  8. Najib pada 27 Jan 2012

    tolong keluarkan hp yang bateri boleh tahan lebih 24jam untuk penggunaan biasa.. tak nipis cam S2 pun takpe, janji sedap dipegang..

    • adibb pada 28 Jan 2012

      yg tu memang penting..kurang2 sampai kita tidur pon jadi laa…ini warning battery lebih2..tapi tak padam2 jugak..ehhehe

  9. budakudm pada 27 Jan 2012

    cit apple?haha

  10. Arrul pada 27 Jan 2012

    aq dulu nk beli HTC pn pening dah,bru cdg nk beli ni bln dpn,tuptup kuar lgi bru… –’
    thats why aq lgi minat dgn Apple…hnya iPhone saja :D

  11. Beburung pada 28 Jan 2012

    Actually keluarkan banyak variasi untuk sesebuah model ni agak biasa utk pasaran tertentu seperti US, yang mana setiap operator kalau boleh nak ada model yang eksklusif kepada syarikat mereka.

    *Even Samsung punya Galaxy S pun ada banyak version. Samsung Vibrant, Samsung Captivate, Samsung Epic, Samsung Fascinate dan macam2 lagi, tu semua variasi kecil dari model high-end Galaxy S. Tu belum kira lagi Galaxy R, W, dan pekejadah model lagi*

    Yang agak memberikan kesan ialah marketing push oleh Samsung, yang mana ia cannibalise pasaran phone Android lain. Tu belum kira phone rasmi Google, Galaxy Nexus. Walaupun hardware dia agak so-so, tapi orang dok berebut beli sebab ICS.

    • p1 fans pada 29 Jan 2012

      +1


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader