Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah tablet daripada Huawei dilancarkan di Malaysia sebelum ini, iaitu Huawei MediaPad, kini peranti terkini daripada Huawei, iaitu Huawei Honor dijangka akan dimulakan jualan di pasaran tempatan pada minggu ini. Harga jualannya di Malaysia adalah RM1099, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Huawei seluruh negara dalam minggu ini.
Melalui Huawei Honor U8860, ia membawakan skrin seluas 4-inci, cip pemprosesan 1.4GHz, mengunakan Android 2.3 Gingerbread, dan juga kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, Huawei Honor dijangka akan mendapat kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.
Pada harga RM1099, mungkin ianya salah satu peranti yang mampu milik dan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Dan mungkin dengan CES 2012 yang semakin hampir, lebih banyak peranti baru bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Pergh ….pesaing sengit galaxy W. Kena tunggu dia kuar dulu baru bleh buat comparison.
Kan best kalo aku dapat modify Windows 7 jadi camni..
CES 2011 atau CES 2012 aman?
hari nie jer, dah dua kali aku tulis 2011. sadis gila. haha.
rindu sgt ngn 2011 ni haha
*CES2012
masih x bole lepas lagi 2011,, huh
haha. asyik silap tahun jer. Wuu. T.T
lebih baik drpd galaxy w
wah dpt ICS..
dgr huawei nak kluarkan high-end phone lebih canggih dr ni tahun ni..
harap2 >1.5GHz dual core or possibly quad core
huawei selalunya letak harga mampu milik…so, agak susah utk dpt quad-core skrg ni…dual-core boleh la…
tp huawei handset dr china it is possible sebab ade enset china xiaomi mi one dual core 1.5GHz harga RM 900++ apabila da diconvert
mungkin lambat sket la klau diorg nak kluarkan mungkin da nak dekat akhir tahun
oklah ni kalau pakai android..
cantik dgn harga mampu milik
kalau betul dapat ICS, memang sangat berbaloi-baloi ni
tu la
brbaloi la jgk
ade upd8 utk ICS jgk
tp tu la org msia nk bnde2 yg brjenama tinngi je mcm apple n samsung haha
Stock dah kuar.
http://www.imcc.com.my/store/products.php?product=Huawei-Honor-U8860
Kalo lyn members …dapat diskaun RM100 lagi …:D