20Jan

Apple Melancarkan Aplikasi iBooks Author Untuk Mac – Memudahkan Penghasilan Buku Digital

Apple

Bersama-sama dengan pelancaran iBooks 2 yang memfokuskan kepada buku teks digital, Apple turut sama mengumumkan adalah aplikasi dan perisian khas untuk para pengguna OS X yang membolehkan buku teks digital dibangunkan dan diterbitkan terus pada iBooks dengan pantas, iaitu melalui aplikasi iBooks Author.

Melalui aplikasi percuma, yang dibangunkan oleh Apple sendiri, ia membolehkan sesiapa sahaj boleh membangunkan sebarang jenis buku, samaada buku sejarah, buku masakan, mahupun buku teks untuk dibaca pada iPad.

Untuk memudahkan lagi, Apple sendiri sedia menyediakan beberapa rekabentuk sedia ada untuk digunakan oleh para penulis. Para penulis yang berminat, hanya perlu menambah teks mereka, serta boleh menambah imej dengan menggunakan fungsi tarik-dan-lepas, selain turut menyertakan pelbagai media interaktif seperti video, objek 3D dan lain-lain.

Selain daripada memudahkan pembuatan buku teks dan rujukan dengan senang, Apple juga turut sama membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan buku, tanpa perlu melalui pelbagai proses sukar untuk menghantar kepada syarikat penerbitan dan sebagainya.

Bagi para pengguna OS X versi 10.7.2, anda boleh memuat-turun iBooks Author secara percuma terus daripada Mac AppStore hari ini, dan memulakan penghasilan buku dan kandungan interaktif anda serta-merta.


Snow Leopard Di Datangkan Bersama Anti-Malware?
Apple Memperlihatkan iMovie Dan Garage Band Untuk iPad
Pengolokan iPhone 5 Fizikal Pertama Diperlihatkan Melalui Video
Lebih 15 Negara Akan Menerima iPhone 4S Pada 11 November - Tiada Nama Malaysia
iTunes 11 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan iCloud Dan iOS6?

10 Komen

  1. khydir pada 20 Jan 2012

    Majalah amanz versi iPad boleh guna apps ni nanti .. Yeay!

  2. Lia Nadia Qistina pada 20 Jan 2012

    kini sesiapa saja boleh menulis buku, strategi yang baik untuk para blogger, jurnalis, kolumnis, juga untuk usahawan internet. Membina kredibiliti dan trust.

  3. Meleis pada 20 Jan 2012

    Elok gak kalo publisher buku rujukan kat malaysia jenguk2 benda ni.

  4. Kaio pada 20 Jan 2012

    yeahh. sudah download. tapi bagaimana pulak dengan copyright?

    • Meleis pada 20 Jan 2012

      Di semua negara yang mengganggotai Berne Convention (hampir seluruh dunia dalam kata lainnya), copyright adalah secara automatik. Tak perlu daftar apa2 pun dah ada hak.

      Tapi kalau ada maksudkan tentang copyright compliance, actually buku dari iBooks Author hanya dibenarkan untuk dijual di iBookStore. Obviously ia akan menjalani proses kelulusan dari Apple sepertimana AppStore, copyright control applies here. Tapi kalau nak buat buku percuma, proses ni akan skip dan edaran dibuat secara sendiri atau melalui iTunes U.

  5. Mie pada 20 Jan 2012

    Akhirnya..good job Apple. Satu inisiatif utk menghasilkan ebook yg menarik. Selama ni pengalaman membaca ebook sangat membosankan. Datang flipboard ceria sket hidup. ibook 2 di harap menjadi ultimate ebook reader

  6. shifa pada 20 Jan 2012

    huyoo..bende ni la aku cari, thanks amanz

  7. Marissa pada 20 Jan 2012

    cool!

  8. @imaggis pada 22 Jan 2012

    thanks, cool!!! ^^


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader