Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini Instagram hanya memaparkan sebuah thumbnail kecil sahaja pada Facebook setiap kali anda memuat-naik gambar baru, kini, ia kelihatan Instagram telah menambah baik sokongan pada Facebook, dengan membolehkan para pengguna terus memuat-naik gambar yang sama pada Facebook dalam saiz penuh.

Bermula hari ini, sekiranya para pengguna memilih untuk berkongsi gambar pada Facebook, Instagram secara automatik akan membuat sebuah album khas pada akaun Facebook anda, sekaligus menambah segala gambar yang anda ingin kongsikan padanya.
Ia juga sekaligus membolehkan rakan-rakan anda melihat gambar-gambar yang dimuat-naik oleh anda terus pada Facebook. Menariknya adalah memandangkan ianya didatangkan dalam saiz penuh, maka anda turut sama boleh memperlihatkannya dengan menarik pada Timeline anda.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nice ;D
Lightbox ada jugak fungsi ni.
tapi uitm nyer line x laju sgt
Instagram untuk blackberry xda ke? Teringin nak pakai, xmampu lagi nk beli iPhone. ƗƗεƗƗεƗƗε
wow, terbaik..
lepas ni best ler skodeng album mereka2 yg ada album instagram ni, suka tgk mereka2 yg pandai ambil gambar menarik..
lawa jugak yee !
instagram ni untuk iphone je ke??
utk android pun ader klau x silap
yeke?
utk android akan datang…
terbaik!