11Jan

Intel Menipu Ketika Mendemonstrasikan Ultrabook Pada CES 2012?

Gajet

Dengan dunia teknologi pada masa sekarang ini, semestinya ramai yang ingin melihat demonstrasi masa-nyata untuk setiap pelancaran produk. Namun perkara sebaliknya berlaku pada demonstrasi Intel pada CES 2012, dimana ia dilihat, mereka hanya memainkan video sahaja, dan berlakon seolah-olah melakukan demonstrasi betul.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan Intel mendemonstrasikan permainan video F1 2011, tetapi, secara tidak sengaja ia memperlihatkan aplikasi VLC muncul dan dimainkan. Ia tidak pasti samada adakah perkara ini disengajakan ataupun tidak, dan adakah Intel tidak begitu yakin dengan prestasi Ultrabook untuk memainkan permainan berat seperti lumba kereta dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui samada adakah perkara ini disengajakan oleh pihak Intel ataupun sebaliknya.


Google Ingin Memperkenalkan Tablet Android?
Gambar Motorola Atrix Generasi Kedua Mula Kelihatan
Nokia Memperkenalkan Peranti Symbian Belle Baru - Nokia 603
Samsung Memperlihatkan Pembersih Dan Penyapu Automatik - Navibot S
(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

11 Komen

  1. anazhd pada 11 Jan 2012

    kantoi -.-

  2. aazraaia pada 11 Jan 2012

    pre recorded video. mmg dia cakap dalam preso tu. ni mesti amik dari semi accurate. site anti intel dan nvidia.

    • Ahmad Fuad Adzmi pada 11 Jan 2012

      betul,, aku dengar ulang2,,

  3. life4hire pada 11 Jan 2012

    dia mmg saja sbnrnya…kalau dengar betul2 video tuh mmg ada cakap..dia nak wat unsur jenaka sbnrnya sbb tuh dia kata “you can control with one hand” :p

  4. azrul pada 11 Jan 2012

    aku rasa dia bkn buat live product demo. just vid presentation je sbnrnya…

  5. fazryle pada 11 Jan 2012

    demo je tuk presentation.. ada gak yg amik serius. huhu

  6. fiqueobiey pada 11 Jan 2012

    knape x buat live??baru la gempak

  7. archiq pada 11 Jan 2012

    tuduhan berat ni…

  8. Mazrie pada 11 Jan 2012

    haha…biasalah…syarikat besar pun leh wat benda camnie… tapi skang mmg zaman wat presentation pakai video…kita akan bercakap selari dengan ape yg muncul kat video…

  9. zuan pada 11 Jan 2012

    hmm apa agenda diorng sebenarnya ni.. menarik untuk dilihat prkembangan diorng

  10. Izham pada 12 Jan 2012

    Sebenarnya intel nak tunjuk performance play video Full HD bukannya nak menipu main game tanpa lag. Dia nak buat lawak tu tapi orang yang salah anggap


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader