Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan bulan Mac yang semakin hampir, Apple dijangka bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga tablet mereka, iaitu iPad, dimana mereka sepatutnya memperkenalkan iPad 3 pada tempoh tersebut. Kini, ura-ura berkaitan dengannya mula kedengaran kembali, dan turut memperkatakan berkenaan dengan iPad generasi ke empat yang disasarkan pelancaran pada tahun ini.
Sejak daripada tahun lepas, Apple diperkatakan akan memperkenalkan iPad generasi baru dengan sokongan paparan Retina. Dan menurut ura-ura baru, iPad 3 akan menyertakannya, dan iPad 4 diperkatakan akan diperkenalkan sekitar Oktober, yang mana akan membawakan aplikasi yang dikhaskan untuknya.
Walaubagaimanapun, beberapa sumber turut melaporka yang mana iPad 4 mungkin tidak akan dilancarkan tahun ini, dan hanyalah prototaip untuk tahun 2013 kelak.
Dengan pelancaran iPad generasi baru pada suku tahun pertama ini, mungkin kita akan dapat melihat penurunan harga untuk iPad 2 seperti mana berlaku pada tahun lepas, ketika pelancaran iPad 2.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
iPad 4 .. rumours
ipad 2s, ipad 3. kot? :3
ipad 2s, ipad 2s II. haha
jelly tol aku kalo ipad nk ade hujung 2s II ni..rasanya apple xsejijik tu nk copycat name yg dah ade kt product lain.lepas iPhone 3gs kuar brand $##$##g ni pon nk boh hujung ade ‘S’
Ipad 4. tu dia
apple vs samsung..mmg kerap kuar gajet2 la…nk beli gajet br pun kn pkir bnyk kali..asik ada je produk baru..
Terima kasih Kapten Jelas!
Apple tak kerap pon keluarkan gajet cam Samsung tu.
dalam banyak2 company yang keluarkan mobile devices, aku rasa Apple antara yang paling sikit keluarkan product diorang
KUALITI lebih bernilai dari KUANTITI..;P
agreed ^_^
Nah, baik punya rumors. Laju gila.
rumors2…..lajunye ko kalahkan internet =.=