24Jan

Jadikan Carian Sosial Pada Google Lebih Relevan Dengan Aplikasi “Dont Be Evil”

Google

Dengan penyertaan Google dalam arena sosial, mereka telah mengintegrasikan produk sosial mereka itu dalam kebanyakkan perkhidmatan lain, selain baru-baru ini menyertakannya dalam hasil carian mereka. Namun, perkara ini tidak berapa disukai oleh pengguna lain, terutamanya oleh pembangun Facebook dan Twitter, kerana ia tidak begitu adil untuk mereka.

Jadi bagaimana untuk mengatasi perkara ini?

Untuk mengatasi perkara ini, seorang pembangun, memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas untuk digunakan pada pelayar web, dikenali sebagai “Don’t Be Evil“. Melaluinya, ia mengubah beberapa kedudukan daripada laman sosial, mengikut kadar keaktifan sesuatu halaman profil itu, dan juga angka berapa ramai yang mengikuti seseorang itu.

Melalui sokongan Search Plus yang diperkenalkan oleh Google baru-baru ini, mereka amat mengutamakan Google+, dimana kesemua carian, memperlihatkan halaman sosial Google+ terlebih dahulu, walaupun ianya tidak aktif. Pada masa yang sama, pada cadangan carian juga, ia memperlihatkan profil Google+, dan bukannya Twitter, Facebook, LinkedIN dan lain-lain.

Perkara itu yang cuba diatasi oleh pembangun ini, dimana mereka membangunkan sebuah kaedah ringkas, membolehkan kesemua keputusan yang diperlihatkan, ditunjukkan mengikut kadar keaktifan, dan juga bagaimana Google memperlihatkannya pada hasil carian mereka, mengikut kedudukan tertinggi.

Bagi para pengguna Google, aplikasi ringkas ini mungkin salah satu kaedah yang menarik untuk mendapatkan keputusan yang lebih bagus, selain pada masa yang sama, menjadikan Google terus dicintai anda.

Jadi, bagi anda yang berminat, dan sekiranya anda sudah dapat melihat keputusan carian Search Plus, mungkin ianya sesuatu yang berguna untuk anda, dan boleh dipasang melalui laman Focus On The User. Ketika artikel ini ditulis, kami masih lagi belum berpeluang untuk menggunakan fungsi terbaru daripada Google ini.


Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga
Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Siri - Dikenali Dengan Nama Kod Majel Buat Masa Ini
Utter! Membawakan Input Bantuan Suara Yang Lebih Baik Dan Berbeza
Google Bakal Mula Menjual Tablet Melalui Kedai-Atas Talian Khas
Aplikasi Currents Untuk iOS Kini Didatangkan Dengan Sokongan Paparan Retina

3 Komen

  1. rekrazie pada 24 Jan 2012

    kreatif gila video T__T

  2. Masri Amin pada 24 Jan 2012

    menarikkk…

  3. bisyairi pada 24 Jan 2012

    yup, “Google terus dicintai anda.” #trollface


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader